Sesi Persekolahan Kembali Januari Pada Tahun 2026

Sesi Persekolahan Malaysia akan kembali bermula Januari pada Tahun 2026. Kementerian Pendidikan Malaysia sedang berusaha menganjak sesi persekolahan secara berperingkat, dan ia akan mengambil masa beberapa tahun untuk kembali kepada Januari.

Boleh tonton penjelasan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek

Berdasarkan peraturan hari persekolahan mestilah tidak kurang dari 190 hari.

  “Jadi permintaan untuk memulakan sesi persekolahan pada Januari akan ditunaikan pada 2026,” kata Menteri Pendidikan, hari ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia turut membuat penjajaran peperiksaan awam agar ia selari dengan perubahan takwim persekolahan.

Perubahan kalendar akademik ini penting bagi semua khususnya guru-guru bagi memudahkan mereka merancang program dengan lebih tersusun seperti biasa.

Tahun 2026 sebenarnya agak lewat, tetapi masih boleh diterima memandangkan beberapa faktor cuti dan jadual peperiksaan yang perlu disusun semulu.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top