Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti cadangan untuk mengembalikan kalendar akademik persekolahan kepada Januari seperti sebelum ini.
Penelitian ini turut melihat kepada kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajarandan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum.
Pertimbangan KPM adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh (190) hari. Sehubungan itu, KPM akan
melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam agar selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan yang akan dilaksanakan.
KPM telah merancang untuk memulakan kalendar akademik persekolahan sesi 2025 pada bulan Februari 2025. Seterusnya, kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2026 dapat dimulakan pada bulan Januari 2026.
KPM sentiasa memastikan kesejahteraan semua pihak diberi keutamaan bagi mencapai hasrat Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera.
Berikut merupakan Kenyataan Media KPM