Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi telah mengumumkan kerajaan putuskan untuk laksana perintah kawalan pergerakan yang bermula 18 Mac hingga 31 Mac.

Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat.

Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin. Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Semua Taska, Sekolah Kerajaan dan Swasta, Pusat Tahfiz, IPT ditutup sepanjang tempoh tersebut.

Berikut teks ucapan perutusan Covid-19

Covid-19 PERUTUSAN KHAS YAB PM.pdf