Bahasa Inggeris adalah Mata Pelajaran yang sangat penting, guru-guru perlu merancang PdPc dengan baik dan tersusun. Dikongsikan di sini RPH Bahasa Inggeris Tahun 4 KSSR, untuk kegunaan 2019 kepada yang ingin mendapatkannya boleh ke pautan berikut:
- Versi 1
- Versi 2
Untuk Versi 1 RPH tersebut adalah dalam versi Google Sheets di dalam Google Drive. Ia telah dihasilakan oleh Kumpulan eDidik Malaysia dari kumpulan Telegram @erphMalaysia yang telah diasaskan oleh Dr. Saga.
Jika sekolah anda menggunakan eRPH dalam menulis rancangan pengajaran anda boleh mengaplikasikan kaedah ini. Rujuk panduan menggunakan eRPH di sini: Panduan Setup eRPH
Namun jika sekolah anda masih lagi menggunakan sistem fail ‘hardcopy’, anda boleh print seperti biasa. Untuk edit atau membuat kemaskini maklumat sekolah dan kelas anda boleh ikut panduan di bawah:
- Login Google Drive anda menggunakan emel anda.
- Buka link Versi 1 di atas tadi.
- Pergi ke File – Make a Copy – Save dalam Google Drive anda
- Kini ia telah berada di Drive anda, anda boleh edit untuk memasukkan data seperti sekolah, kelas dan masa.
- Anda juga boleh tambah Standard Pembelajaran / Objektif, aktiviti dan lain-lain yang mahu dicapai berdasarkan keperluan murid dan kelas anda.
- Segala perbincangan berkenaan m-sims atau eRPH atau yang berkaitan dengan pengurusan data boleh ke telegram t.me/erphMalaysia
RPH ini telah dibina berdasarkan DSKP Bahasa Inggeris KSSR Semakan yang telah dikeluarkan oleh BPK KPM.
Anda juga perlu merujuk kepada RPT sekolah masing-masing untuk disesuaikan dengan RPH ini.
Anda juga boleh membuat perbincangan dalam Panitia masing-masing untuk menggunakan RPH ini.
Semoga dengan perkongsian RPH Bahasa Inggeris ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan teknologi semasa selaras dengan Revolusi Industri 4.0 dalam pendidikan.
Sekiranya anda ingin mendapatkan RPH bagi tahun dan subjek lain boleh ke: Koleksi RPH