Semakan keputusan eGtukar sesi Jun 2019 boleh disemak pada ketetapan berikut:
ADALAH DIMAKLUMKAN SEMAKAN PERTUKARAN BAGI SESI JUN 2019 BOLEH DIBUAT MELALUI MODUL EGTUKAR SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:
I. PERTUKARAN ANTARA BAHAGIAN / ANTARA NEGERI PADA 24 MEI 2019
II. PERTUKARAN ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH PADA 3 JUN 2019
III. KEPUTUSAN PENEMPATAN ANTARA BAHAGIAN / ANTARA NEGERI PADA 3 JUN 2019
HARAP MAKLUM
SEMUA KELULUSAN PERTUKARAN BERKUATKUASA PADA 10 JUN 2019
KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD,
SEBARANG RAYUAN TIDAK DIBENARKAN
PERMOHONAN TUAN/PUAN YANG TIDAK BERJAYA AKAN DIPROSES SEMULA BAGI SESI JANUARI 2020 JIKA ADA SEBARANG PERMASALAHAN BERKAITAN DENGAN PERMOHONAN PERTUKARAN , TUAN/PUAN BOLEH MERUJUK KEPADA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI / BAHAGIAN- BAHAGIAN KPM
SEKIAN
Semakan boleh dibuat di laman web epgo Sistem Pertukaran Guru Dalam Talian: https://epgo.moe.gov.my
Pastikan anda memasukan id pengguna dan kata laluan yang betul.
Id dan kata laluan biasanya sama dengan eoperasi, sekiranya terlupa boleh menggunakan Single Sign On (SSO) iaitu 1 Id untuk semua aplikasi KPM.
Antara faktor yang dilihat oleh KPM seperti:
Sakit kronik
Ancaman keselamatan
Duka lara
Tempoh berkhidmat
Permohonan bersama
Kepada yang berjaya jangan lupa untuk buat Nota Serah Tugas kerana ia merupakan arahan kepada semua yang bertukar atas ditukarkan tempat berkhidmat.
Keputusan adalah muktamad, sebarang pembatalan keputusan adalah tidak dibenarkan.
e-GTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.
Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.
Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru.