Home info Sekolah Ditutup Semula Selepas Sehari Dibuka

Sekolah Ditutup Semula Selepas Sehari Dibuka

40
0
sekolah korea covid-19

SEOUL: Sebuah sekolah tinggi di Daegu, pusat gelombang pertama wabak COVID-19 di Korea Selatan, ditutup semula sehari hari ini selepas dibuka, apabila seorang pelajarnya disahkan positif dijangkiti virus itu.

Menurut Pejabat Pendidikan Metropolitan Daegu, seorang pelajar senior sekolah tinggi pertanian yang tinggal di asrama disahkan dijangkiti COVID-19, mendorong pihak berkuasa menutup semula sekolah dan semua pelajar lain diarah pulang ke rumah atau dikuarantin, lapor agensi berita Yonhap.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Sekolah di Korea Selatan mula dibuka semula pada Rabu bermula sekolah tinggi manakala sekolah rendah dan menengah akan kembali beroperasi secara bertahap bermula 8 Jun.

Pelajar itu tinggal di Gumi, wilayah Gyeongsang Utara, kembali ke asrama pada Selasa petang sebelum mengambil ujian saringan COVID-19 pada hari berikutnya.

Ada juga sekolah di wilayah lain dilaporkan ditutup semula.

Di Incheon, semua pelajar sekolah tinggi di 66 sekolah diarah pulang selepas dua pelajar disahkan dijangkiti virus itu.

Kira-kira 60 pelajar di wilayah Gyeongsang Utara, hampir 30 di wilayah Gyeonggi dan lima di wilayah Chungcheong Utara diarah balik ke rumah atau dibawa ke hospital selepas menunjukkan gejala demam dan sakit tekak. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here