Perdana Menteri sebentar tadi mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dapat terus berjalan.

Beliau juga telah mengumumkan bantuan Khas RM500 buat Penjawat Awam.

Kerajaan juga tidak lupa menjaga kebajikan semua penjawat awam yang terus setia menjalankan amanah kepada negara.

Bagi menghargai sumbangan mereka, Kerajaan akan memberi kan bantuan tunai sebanyak RM500 secara oneoff kepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak.

Bayaran akan dibuat pada bulan April 2020. Sumbangan pesara Kerajaan juga tidak dilupakan.

Dengan ini, Kerajaan akan menyalurkan bantuan sebanyak RM500 secara oneoff kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020.

Berita lanjut menyusul..