Program Genius Negara merupakan salah satu program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.
Program ini menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas didikan awal yang holistik.
Pedagogi yang digunakan adalah belajar melalui bermain. Ia mampu meningkatkan tahap pemikiran kanak-kanak tanpa memberi tekanan kepada mereka.
Menggunakan Konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting, and Experiencing)
Semua tenaga pengajar juga adalah dari kalangan mereka yang berkelayakan.
Permohonan Untuk Menyertai Program Genius Negara
Syarat-syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia (Anak)
- Berumur 4 tahun ke bawah.
- Keutamaan kepada ibu-bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM4000 sebulan.
Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon:
- Salinan surat beranak anak
- Salinan Mykid anak
- Salinan rekod kesihatan anak (muka hadapan dan rekod vaksin)
- Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga yang disahkan
- Salinan Pendapatan ibu bapa/penjaga yang disahkan
- Surat pendapatan ibu bapa/penjaga yang disahkan (Sekiranya bekerja sendiri)
- Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga yang disahkan
*Pengesahan pendapatan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Kelas A (Profesional dan Pengurusan), Ketua Kampung & Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
Cara Memohon:
Muat Turun Dokumen Berikut: https://drive.google.com/drive/folders/1yHIRzt-MHRhdjFGjNLJYVEZxemTYkvq8
Tarikh Tutup Permohonan:
- 15 Oktober 2021
Sila kemukakan borang ke:
Bahagian GENIUS
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok Podium
Menara Usahawan, Persiaran Perdana
Presint 2, 62652
WP. Putrajaya
Senarai Pusat Anak Genius Negara
[pdf-embedder url=”https://www.pendidik2u.my/wp-content/uploads/2020/09/senarai-pagn-2020.pdf” title=”senarai pagn 2020″]
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi: 03 8880 5151
