Kemaman: Pihak polis sedang berusaha untuk menjejaki seorang guru lelaki yang dikatakan telah memukul seorang guru wanita di kantin sebuah sekolah di daerah ini pada hari Ahad lau.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan, menyatakan bahawa suspek yang berumur 49 tahun itu didakwa telah memukul mangsa yang berumur 32 tahun pada kira-kira pukul 6.55 pagi.

Guru Bahasa Inggeris itu mendakwa dia telah ditumbuk di bahagian mata dan ditendang oleh suspek.

Kejadian itu telah menyebabkan mangsa mengalami lebam pada mata kirinya, katanya kepada para pemberita di sini, pada hari Ahad.

Superintenden Hanyan memberitahu bahawa motif kejadian masih dalam proses penyiasatan.