Home info Pinjaman Kerajaan Membeli Kenderaan

Pinjaman Kerajaan Membeli Kenderaan

39
59
Pinjaman Kerajaan Membeli Kenderaan

Salah satu dari kelebihan penjawat awam adalah kemudahan membuat pinjaman kerajaan membeli kenderaan, mungkin ramai yang tidak pernah tahu, atau mungkin baru sahaja tahu akan kewujudan skim pinjaman ini.

Sebelum ini juga admin ada ceritakan mengenai Pinjaman Membeli Laptop atau Komputer, yang ini pun ramai yang tidak tahu tentangnya.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

“Ada rupanya pinjaman nak beli kereta, ingatkan pinjaman rumah sahaja ada”..

Ya, memang ada ia dinamakan Skim Pinjaman Kenderaan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Pegawai Perkhidmatan Pasukan Polis.

Bagaimana cara nak mohon skim pinjaman ini? Berapa jumlah boleh pinjam? Kenderaan jenis apa yang dibiayai? Semua ini akan kita terangkan di bawah, teruskan membaca.

Syarat-syarat Asas Pinjaman

  • Pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang berjawatan tetap.
  • Pegawai-pegawai yang berkhidmat secara kontrak Jika pegawai masih dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak, hendaklah dijamin oleh 2 orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya.

Jenis Kenderaan Yang Dibenarkan

Terdapat beberapa jenis kenderaan yang dibenarkan untuk memohon pinjaman iaitu:

  • Kereta
  • Motosikal
  • Motobot
  • Enjin Motobot
  • Bot
  • Basikal

Jumlah Maksimum Pinjaman Kenderaan

Bagi pinjaman kerajaan ini, ada jumlah yang telah dihadkan untuk membuat pinjaman, seperti jadual berikut:

JENIS KENDERAAN JAWATAN HAD KELAYAKAN
 Kereta Jawatan-Jawatan Utama dan JawatanJawatan Gred Khas atau Timbalan Pesuruhjaya Polis hingga Ketua Polis Negara. RM70,000
Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penolong Penguasa Polis hingga Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis. RM65,000
Kumpulan Sokongan atau Ketua
Inspektor Polis dan ke bawah
(Kelulusan khas bagi gaji RM1,620.00
ke bawah)
RM55,000
Motosikal RM10,000
Motobot RM4,000
Enjin Motobot RM3,500
Bot RM700
Basikal RM500

Tempoh Bayaran Balik

Seperti pinjaman bank, pinjaman kerajaan juga mempunyai tempoh bayaran balik yang dihadkan seperti jadual berikut:

JENIS KENDERAAN TEMPOH
Kereta Baru Tidak melebihi 108 bulan
Kereta Terpakai Tidak melebihi 96 bulan
Motosikal Baru
Prinsip Al-bai’ bithaman’ ajil
Tidak melebihi 72 bulan
Motosikal Baru
Prinsip Konvensional
Tidak melebihi 60 bulan
Motosikal Terpakai
Motobot
Enjin Motobot
Tidak melebihi 48 bulan
Bot Tidak melebihi 24 bulan
Motosikal Tidak melebihi 20 bulan

Berapakah kadar Interest/ Keuntungan pinjaman kerajaan ini?

Kebiasaannya soalan ini yang paling kerap ditanya, berapa interest? tetap ke terapung? seperti juga bank-bank lain, ia juga mempunyai kadar yang telah ditetapkan iaitu seperti berikut:

  • Bayaran Perkhidmatan Ke Atas Pinjaman Pembiayaan Menggunakan Kumpulan Wang Pendahuluan Kenderaan Persekutuan
  • Bayaran perkhidmatan 4% setahun yang dikira atas baki bulan yang belum diselesaikan adalah dikenakan kepada peminjam melainkan pinjaman membeli bot dan basikal di mana dikecualikan daripada bayaran perkhidmatan.
  • Bayaran perkhidmatan sebanyak 10% setahun akan dikenakan ke atas ansuran ansuran tertunggak sehingga diselesaikan.

Kerajaan telah melantik 2 Institusi Kewangan sebagai bank pembiaya iaitu:

  • Bank Simpanan Nasional (BSN): Pegawai Perkhidmatan Awam, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Perkhidmatan Pasukan Polis.
  • CIMB: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

Mungkin ada yang mengatakan, lebih baik guna pinjaman bank, baru 3.25, 3.75, atau lebih rendah..

Tunggu dulu, anda perlu buat kiraan terlebih dahulu, 4% setahun itu dikira dari atas baki bulan yang belum diselesaikan, ini bermakna semakin lama semakin sikit. Oleh itu, pinjaman kerajaan lebih menguntungkan.

Bolehkah pegawai mengguna pinjaman kenderaan kerajaan untuk menyelesaikan baki (re-finance) bagi kenderaan yang telah dibeli mengunakan pinjaman bank?

Tidak boleh, sebab Skim Pembiayaan Kenderaan bagi Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam adalah untuk membiaya pinjaman baru sahaja bukan untuk pinjaman semula. (Pekeliling Perbendaharaan Bil 7/1993 perenggan 13.1 dan Bil. 8/1993 perenggan 14.1)

Cara Memohon Pinjaman Kerajaan Membeli Kenderaan

  • Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan untuk membeli kenderaan bagi penjawat awam:
    Borang Permohonan (Lampiran A Kew. 294 PIN. 1/93) dan (Lampiran B Kew 294 PIN  1/93) boleh dapatkan borang-borang ini di dalam : Pinjaman Kerajaan Membeli Kenderaan
  • Selepas lengkap, sila dapatkan pengesahan Ketua Jabatan / Guru Besar / Pengetua, kemudian minta kerani buat semakan borang sama ada lengkap atau tidak.
  • Bagi guru boleh hantar borang permohonan ke Pejabat Pendidikan Daerah / Jabatan Pendidikan Negeri, bagi pekerja awam lain boleh hantar ke Pejabat Utama Negeri masing-masing.

Semoga info dan maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mendapatkan pencerahan, anda dinasihatkan membaca pekeliling yang disertakan di atas tadi supaya lebih faham kaedah, syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan, mana tahu ada yang berhajat nak beli kereta baru, boleh cuba pinjaman kereta kerajaan ini. Jika ada pertanyaan boleh tinggalkan soalan diruang komen.

 

59 COMMENTS

  1. Bagaimana dgn pegawai pendidikan yang ada ccris bank dan blacklist…?
    Adakah layak menggunakan kemudahan pinjaman kenderaan kerajaan ini?

  2. boleh tolong kirakan x jumlah semua sekali yang perlu dibayar jika pinjaman 41k untuk kereta terpakai dalam tempoh 96bulan dengan kadar intrest 4%.

      • Saya fhm yg jumlah semua tu, adalah jumlah selepas amaun bulanan 499.76 tu darab dgn 96 bulan. Saya cuma nk tnya, amaun bulanan ni ikut Lampiran D yg ade dlm pekeliling. Amaun bulanan ni, sebenanrnya dh termasuk sekali 4% cas perkhidmatan spnjg tempoh pinjaman nti iaitu, 8 tahun..jadi, maknanye, tiada cas lain akn dikenakan nti dlm slip gaji saya kn?..cuma yg ada deduction sebanyak RM499.76 utk tempoh 96 bulan (8 tahun)..betul tak pemahaman sy ni?

  3. Bole Tahu tak tatacara selepas mengisi borang permohonan & perjanjian.

    1) Dapatkan Kelulusan Guru Besar?
    2) Dapatkan kelulusan Pegawai Pelulus?
    3) Setem bila Buat?
    4) Hntar borang pd BSN @ CIMB bila?

  4. pertanyaan :
    ambil 41,000 4% 96 bulan
    Bulanan = 499.76
    Jumlah Semua = 47,976.96

    sebagai contoh,
    adakah maksudnya kena bayar RM499.76 sepanjang 96bulan?

    apakah maksud
    4% setahun yang dikira atas baki bulan yang belum diselesaikan ?

    • saya pun tertanya2 pasal hal ni, kalau ikut pemahaman sy,byrn bulanan akan berubah setiap tahun ikut baki yg tggl, tp kalau sama je rate monthly tu sama je dgn pinjaman biasa.. maaf kalau salah beri pencerahan

  5. salam..
    haritu tanya CC sekolah..pemohon layak utk kegunaan rasmi sekolah sahaja…contoh Pembantu Am Rendah hendak membeli moto, maka ia layak sbb guna moto utk kegunaan rasmi

  6. kalau ada pinjaman terdahulu seperti pinjaman komputer yang akan tamat 2 tahun lagi sekarang boleh mohon pinjaman yg lain ke seperti pinjaman kenderaan dengan kata lain boleh ke buat permohonan pinjaman bertindih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here