Seperti yang telah diumumkan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, usaha untuk memelihara kebajikan guru sentiasa menjadi perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Justeru, buat pertama kalinya pelantikan pengawas peperiksaan awam bermula dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 telah dibuka kepada orang awam.
 
Orang ramai yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan adalah dijemput untuk memohon sebagai sukarelawan pengawas peperiksaan SPM tahun 2023.
 
Permohonan boleh dikemukakan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui pautan https://bit.ly/44KmnxL
 
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi JPN masing-masing atau emel kepada Lembaga Peperiksaan di khidmatbantu.lp@moe.gov.my
 
pengawas peperiksaan spm

KATEGORI PEMOHON

KATEGORI 1: Pesara kerajaan (skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)

KATEGORI 2: Pelajar institut pengajian tinggi awam, institut pengajian tinggi swasta, Institut Pendidikan Guru, lepasan asasi/ matrikulasi

KATEGORI 3: Guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri/sekolah swasta/Maktab Rendah Sains Mara

KATEGORI 4: Anggota Kumpulan Pelaksana/Pekerja Kontrak Kerajaan

KATEGORI 5: Kakitangan bukan kerajaan/pesara kerajaan/pesara swasta

Iklan penawaran sebagai sukarelawan pengawas peperiksaan kepada orang awam disiarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri berdasarkan kriteria berikut:

Prinsip: Penawaran adalah berdasarkan kepada prinsip sukarelawan

Elaun dibayar berdasarkan kepada jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam

Tugas: Bertugas sebagai pengawas peperiksaan sahaja

SYARAT PERMOHONAN

Gaji Pengawas Peperiksaan

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun
  • Pemohon adalah pesara/pelajar kolej atau universiti yang sedang dalam tempoh cuti semester sepanjang SPM berlangsung/lepasan sekolah, kolej atau universiti
  • Bebas daripada sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah
  • Mempunyai pengangkutan sendiri

KAEDAH & TEMPOH PERMOHONAN

KAEDAH PERMOHONAN

Permohonan dikemukakan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, JPN melalui pautan https://bit.ly/44KmnxL.

Pemohon yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk sesi temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan dibuka mulai 12 September 2023 hingga 31 Oktober 2023.

Pemohon yana tidak menerima sebarana jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah diangjap tidak berjaya.