Home info Peratus Gaji Bersih di ePenyata Gaji

Peratus Gaji Bersih di ePenyata Gaji

110
0

Tahukah anda? Bahawa Sistem ePenyata Gaji & Laporan hanya menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan dan Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun terkini sahaja.

Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam hard disk atau pendrive untuk kegunaan tuan/puan pada masa hadapan.

Bagaimanakan cara untuk menghubungi pihak ePayslip sekiranya terdapat masalah/aduan?

Anda dikehendaki mengemukakan masalah/aduan tersebut kepada Unit ePayslip dialamat emel epayslip@anm.gov.my

Dimaklumkan Kerajaan bersetuju untuk membuka semula sekatan bayaran potongan gaji penjawat awam maksimum 60% melalui sistem gaji berkomputer JANM bermula bulan Jun 2017.

Kod gaji baharu bagi potongan pinjaman peribadi/ insurans/ takaful baharu akan dilaksanakan mulai gaji Julai 2017 untuk tujuan pemantauan dan kawalan.

Sehubungan dengan itu, penjawat awam hendaklah mematuhi arahan pendapatan bersih sekurang-kurangnya berada pada paras minimum 40% melalui surat JPA.BK(S)328/2 Jld.13(9) bertarikh 24 Januari 2017 mengenai “Pemantauan Ke Atas Pegawai Yang Berada Dalam Keterhutangan Kewangan Yang Serius” supaya tidak dikenakan tindakan tatatertib.

Anda boleh melihat ‘Peratus Gaji Bersih’ anda di ruang bawah sebelah kanan pada penyata gaji. Jika ada banyak potongan maka rendahlah peratus anda. Perkara ini biasanya diambil kira oleh pihak Bank terutamanya apabila anda ingin membuat permohonan pinjaman.

Semoga sedikit info dan maklumat ini dapat membantu anda dalam merancang pengurusan kewangan terutamanya dalam memastikan anda tidak terjerumus dalam bebanan hutang yang kritikal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here