Home info Penangguhan Aktiviti Luar Semasa Musim Panas

Penangguhan Aktiviti Luar Semasa Musim Panas

4
0

PENANGGUHAN AKTIVITI LUAR SEMASA MENGHADAPI CUACA PANAS

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana khususnya semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas yang tidak menentu.

Muat Turun Surat Siaran: t.me/pendidik2u

Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan, KPM mengambil ketetapan agar semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan serta merta sehingga pemakluman kebenaran pelaksanaan semula aktiviti dikeluarkan oleh KPM.

Aktiviti luar bilik darjah tersebut termasuklah aspek kurikulum dan kokurikulum seperti merentas desa, kawad kaki, aktiviti sukan, perkhemahan serta pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah.

Aktiviti kurikulum seperti pendidikan jasmani, ujian segak dan aktiviti pertanian hendaklah dilaksanakan dalam bangunan atau menggunakan modul yang tidak melibatkan aktiviti luar bilik darjah.

Walau bagaimanapun, bagi aktiviti luar anjuran pinak KPM atau agensi sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa yang telah diluluskan dan tidak boleh ditangguhkan, penganjur disarankan agar membuat pengubahsuaian untuk melaksanakannya di dalam bangunan atau kawasan yang tidak terdedah kepada terik matahari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here