Bagaimana cara menulis Borang Keberhasilan dengan betul? Ramai yang membuat menulis sasaran keberhasilan tetapi tidak merujuk panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompentasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Contoh penulisan sasaran keberhasilan ini merujuk kepada tugas sebenar guru/ pensyarah/ pegawai/ fasilitator dan jurulatih di sekolah dan institusi masing-masing.

Dokumen ini diharapkan dapat membimbing dan memberi idea kepada PYD dan PP semasa membuat penetapan sasaran seterusnya menghasilkan penulisan yang lebih tepat dan berkualiti serta mengikut Garis Panduan Komponen Keberhasilan PBPPP yang perlu dibaca bersama-sama dengan dokumen ini.

Contoh Penulisan Sasaran Keberhasilan(1)

Penilaian prestasi merupakan satu aktiviti yang bermula daripada melaksanakan penilaian, mengenal pasti tahap kompetensi dan prestasi PPP, menganalisis keperluan latihan / Tranning Need Analysis (TNA), melaksanakan latihan pembangunan berterusan / Continuous Professional Development (CPD) seperti meningkatkan profesionalisme dan kemajuan kerjaya, Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi guru/ pensyarah dan pegawai cemerlang.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Prestasi PBPPP juga dijadikan asas kepada pelaksanaan program dasar pemisah / Exit Policy bagi PPP yang berprestasi rendah.

Penilaian prestasi juga menjadi asas penyaluran PPP kepada laluan pengajaran dan pembelajaran, laluan kepimpinan dan juga laluan kemahiran pakar bidang / Subject Matter Expert (SME) yang bakal dilaksanakan.

Borang Keberhasilan boleh dimuat turun di Telegram:

https://t.me/pendidik2u/3209

Natijah pelaksanaan PBPPP bukan hanya kepada PPP tetapi juga untuk kemenjadian murid.

Guru-guru yang berkualiti diperlukan untuk menghasilkan murid yang berkualiti selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.