Setelah beberapa minggu pembukaan sekolah secara berperingkat, bermula dengan Tingkatan 5 dan 6, dan seterusnya 1-4, kemudian peringkat Sekolah Rendah. Kini semua sekolah telah dibuka sepenuhnya dengan mengikut model sekolah yang telah ditentukan oleh pihak KPM.

Pada peringkat awal pembukaan sekolah, di dalam minggu pertama dan kedua, pematuhan penjarakan fizikal dilihat cukup baik, murid mematuhi segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh guru.

Namun keadaan mula beransur-ansur berubah, murid di sekolah rendah khususnya sudah mula mengabaikan penjarakan fizikal.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Guru berhempas pulas berusaha memberi arahan dan nasihat supaya ia dapat dibudayakan di sekolah sebagaimana saranan Perdana Menteri mahu membudayakan Norma Baharu dalam kehidupan.

Keadaan di dalam Van dan Bas Sekolah sangat membimbangkan, padat seperti ‘Sardin’, namun ia bukanlah dalam bidang kuasa guru untuk ‘memaksa’ pengendali Bas Sekolah supaya memastikan murid sekolah mengikut penjarakan fizikal.

Namun bila melangkah masuk ke pagar sekolah, tiba-tiba adanya penjarakan fizikal 1 Meter. Sedangkan sebentar tadi mereka berasak-asak di dalam van atau bas.

Begitu juga keadaan ketika di sekolah yang mana para pelajar sudah mula ‘lupa’ kepentingan penjarakan fizikal yang mana dulu disebut sebagai penjarakan sosial.

#KitaJagaKita