Masih ramai lagi netizen yang tidak faham berkenaan keperluan pembukaan sekolah sebelum ini, dan yang lebih memeranjatkan lagi apabila mereka mahu menyalahkan guru sekiranya berlaku kes jangkitan Covid-19 di sekolah.

Pembukaan semula sekolah sebenarnya di bawah kuasa KPM yang mana mengambil nasihat dari KKM.

Pembukaan sekolah juga dibuat secara berperingkat dan mempunyai garis panduan yang perlu dipatuhi oleh semua warga sekolah dan pelawat.

Tindakan mengecam guru atau pihak sekolah bukanlah cara yang bijak.

Diharap kita semua bersama membantu mencegah penularan Covid-19, khususnya dalam menjaga penjarakan fizikal.