Home info Murid Dalam Kelas Terlalu Ramai Menyukarkan Guru

Murid Dalam Kelas Terlalu Ramai Menyukarkan Guru

66
2

Kelas yang terlalu padat sebenarnya menyukarkan sesi PdPc untuk berjalan secara sempurna, biarpun di atas kertas guru sebenarnya boleh mengawalnya, namun secara realitinya ia tidaklah semudah yang disangka.

Berapakah jumlah murid yang sesuai bagi sesebuah kelas?

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Berdasarkan pengamatan dan tinjauan semasa, rata-rata berpendapat sebuah bilik darjah hanya perlu memuatkan tidak lebih dari 30 orang murid sahaja. Ini bagi memastikan guru dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa dalam aktiviti PdPc.

Sekiranya lebih sikit lebih baik, namun di sekolah yang berada di kawasan penduduk yang padat kebiasaanya murid mencecah sehingga 45 orang sekelas, bahkan ada yang lebih lagi.

Kita juga faham bahawa ada sekolah yang kekurangan guru dan bilik darjah, dan ada juga kawasan yang memerlukan pembinaan sekolah yang baharu bagi menampung jumlah murid yang sudah melebihi had.

Selain daripada itu, kita juga pernah mendengar konsep 1 kelas 2 guru / 3 guru, pelaksanaan ini dapat dilihat dalam program jQAF di mana di dalam kelas Al-Quran ada guru bersama yang akan turut membantu. Namun begitu untuk Mata Pelajaran lain masih belum dilaksanakan sepenuhnya.

Mungkin juga atas faktor kekurangan guru dan keperluan perkhidmatan. Sekiranya ia dapat dilaksanakan, mungkin akan dapat meningkatkan lagi prestasi dan penguasaan murid.

Kita juga sedang membuat tinjauan bagi melihat bilangan murid yang sesuai untuk sesebuah kelas. Anda boleh mengundi pada ‘Poll’ di bawah. Jangan lupa share kepada rakan-rakan yang lain.

Coming Soon
Berapakah bilangan murid yang sesuai bagi sesebuah bilik darjah?
Berapakah bilangan murid yang sesuai bagi sesebuah bilik darjah?
Berapakah bilangan murid yang sesuai bagi sesebuah bilik darjah?

2 COMMENTS

  1. Sikap murid2 yg sukar menghormati guru sbb itulah mereka sukar dikawal. Mereka tidak bebas di rumah jadi mahu bebas berbuat apa2 di sekolah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here