Modul Perekodan Perkembangan Murid PBS

    49
    0
    Setelah Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS ditambahbaik, pengisian data secara online tidak dilakukan lagi, kini segala data akan direkodkan ke dalam Modul Perekodan Offline supaya maklumat perkembangan murid dapat disimpan dengan baik.
    Modul ini dikenali sebagai ‘ Modul Perekodan Perkembagan Murid ‘ , dengan adanya perekodan secara offline ini, ia memudahkan guru-guru untuk mengisi rekod murid di mana sahaja tanpa memerlukan capaian internet. Perisian yang diperlukan cuma Microsoft Office Excell sahaja.
    Melalui modul perekodan ini, guru Mata Pelajaran hanya perlu menanda pada band yang telah dikuasai oleh murid sepanjang proses Pentaksiran Sekolah dalam bilik darjah atau setelah selesai sesuatu tajuk atau tema yang ditaksir.
    Guru juga tidak perlu bimbang bagaiman untuk mendapatkan pelaporan bagi setiap murid, kerana Pelaporan Murid akan dijana secara automatik. Pihak sekolah juga dibenarkan untuk membuat penambahbaikan kepada modul perekodan yang telah dibekalkan.
    Modul Perekodan ini mempunyai 4 Worksheet (4 Bahagian) iaitu: Borang Perekodan, Borang Prestasi, Prestasi Ujian Penggal dan Pelaporan Murid.
    BORANG PEREKODAN

    BORANG PRESTASI

    Printer Brother

    Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    PRESTASI UJIAN PENGGAL

    PELAPORAN MURID

    Bagaiman carta alir pengurusan dan penggunaan Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid? Setiap bahagian mempunyai peranan masing-masing bermula dari JPN/PPD, SUP, Guru Kelas, Guru Mata Pelajaran dan Guru Penyelaras Data.

    Carta Alir Pengurusan dan Perekodan
    Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid boleh di muat turun di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Bahagian PBS. Modul Perekodan kini telah dimuat naik oleh BPK.

    Jika sebelum ini, guru terpaksa bangun malam semata-mata untuk mengisi SPPBS sehingga mengganggu rutin waktu tidur, makan, dan rehat guru, diharapkan dengan pengisian secara offline ini ‘PBS Baru‘ dapat ‘meringankan’ sedikit beban guru dalam pengisian Rekod Perkembangan Murid. Semoga penambahbaikan akan terus dibuat dari masa ke semasa selaras dengan usaha untuk meningkatkan lagi tahap pendidikan di negara kita.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here