‘Guru lewat masuk kelas’ merupakan isu tingkah laku guru yang selalu berlaku di sekolah, hal ini kerap berlaku ketika sesi pertukaran waktu, terutamanya apabila kelas yang seterusnya jauh daripada kelas yang baru tamat. Ia juga berlaku ketika selepas rehat, kerana mungkin guru terleka berbual-bual bersama rakan sekerja, sehingga terlupa masa pdp sudah bermula.
Bagi memastikan pengajran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar, pengurusan masa perlu dilakukan dengan cekap dan teratur, ia penting supaya setiap waktu dapat di gunakan dengan optimum. Kebiasaanya 1 waktu mempunyai 30 minit, sekiranya guru lewat 5 minit, ia akan mengurangkan masa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Sekiranya berlaku sesuatu di dalam kelas ketika ketiadaan guru, guru yang sepatutnya mengajar di waktu tersebut perlu bertanggungjawab, perkara ini sebenarnya telah difahami oleh semua guru di sekolah. Itulah betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul oleh guru dalam memastikan setiap murid berada dalam keadaan terkawal.
Pernah juga terjadi beberapa kes dimana murid bergaduh di dalam kelas sehingga telah mencederakan rakan sekelasnya, ketika itu adalah waktu dimana pertukaran masa (period) berlaku. Apabila berlaku perkara yang tidak diingini, masing-masing akan meyalahkan antara satu sama lain. perkara sebegini perlu dielakkan daripada terjadi.
Antara kaedah yang digunakan untuk mengelakkan perkara ini berlaku adalah, meminta pengawas atau ketua kelas mengawal keadaan di dalam kelas sementara menunggu guru datang. Walaubagaimanpun adalah lebih baih jika setiap guru dapat masuk tepat pada waktunya.
Semoga, guru-guru dapat meneruskan kecemerlangan mendidik anak murid dengan baik dan sentiasa memastikan waktu pdp berjalan dengan teratur. Kerjasama dari semua pihak sangatlah penting bagi membangunkan sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Ada sesetengah kes mungkin disebabkan guru tersebut mempunyai urusan penting yang perlu diselesaikan..
Tetapi, jika ianya disengajakan, perkara ini berkait rapat dengan sikap dan displin..
Situasi :
Ada 2 block bangunan (Block A dan Block B) manakala di antata kedua block tersebut terdapat taman bunga.Seorang guru berada di Block A (tingkat 3) pd pkl 11:00 -12:00tgh hri dan jadual kelas berikutnya di Block B di tingkat 2 pada pukul 12:00-1:00 dimana beliau perlu turun terlebih dahulu dari Block A dan menuju ke Block B.
Soalan :
Guru tersebut perlu bertukar menjadi ……… agar slamat sampai ke kelas di Block B tepat pukul 12:00tgh hari?
a)Ultraman 3
b)Superman
c)Batman
d)Kluangman
e)Bahan kutukan masyarakat yang otaknya letak di kepala lutut.
Sila pilih jawapan yang paling tepat sesuai dengan situasi tersebut.
Mai la try jadi cikgu sat aih…!!!
alasan kau win
Haaa…ni win sgt..hnya yg berada di situasi shj faham..