Mekanisme pembayaran baru PTPTN akan ditangguhkan dahulu mengambil kira pandangan dan maklum balas semua pemegang taruh.
Menteri Pendidikan di dalam status terbarunya di Facebook menyatakan mekanisme pembayaran baru PTPTN akan ditangguh.

Semalam, PTPTN dikecam hebat di media sosial oleh netizen kerana mahu melaksanakan potongan gaji 2% hingga 15% tanpa mengambil kira pendapat orang ramai, terutamanya yang sememangnya telah membuat potongan gaji berjadual.
Sekiranya PGB dilaksanakan, mereka terpaksa dipotong gaji melebihi kemampuan sedangkan mereka telah membuat penstrukturan semula dalam perjanjian Ujrah.
Kita berharap PTPTN mengambil kira pendapat orang ramai, dan tidak membebankan peminjam yang telah membayar secara konsisten.
Mereka bukan dari golongan yang culas dari membayar PTPTN, mereka membayar secara konsisten, potongan gaji, dan potongan direct debit, sepatutnya yang perlu dikejar adalah yang lari dari membayarnya.
Kenyataan Media: Jemaah Menteri Membuat Keputusan Arah PTPTN Tangguh Pelaksanaan Skim Potongan Gaji Berjadual (PGB).











Terima kasih atas keprihatinan & silap saya juga tidak memberik perhatian sangat & rupa-rupanya PGB yang baharu ini termasuk kepada peminjam ujrah sedia ada (yang sudah konsisten pembayarannya & hampir habis). Kalo betul dengan peminjam ujrah yang sedia ada juga yang kena – aduhai, bila lagi nak habis hutang ni …