Home info Matematik Tahun 1 KBAT, Ibu Bapa Perlu Bimbing Anak Di Rumah

Matematik Tahun 1 KBAT, Ibu Bapa Perlu Bimbing Anak Di Rumah

24
1

” Mengajar itu mudah. Memberi faham itu susah.” – MFS –

Aku cikgu. Pelaksana dasar paling bawah dalam sistem pendidikan. Maka setiap apa digubal, aku mesti laksanakan.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Sepertimana silibus baru KSSR Semakan 2017 ini. Ini silibus Matematik Tahun 1 tuan-tuan. Ya, aku ulang, ini silibus terbaru kita. Baru di darjah 1 tahun ini, tahun depan silibus baru KSSR Semakan akan naik ke darjah 2 pula. Dan begitulah seterusnya.

Setiap hari sebelum masuk kelas, otak aku ligat berfikir. Bagaimana cara termudah untuk memberi faham. Bagaimana nak bagi murid ‘enjoy’ dan seronok belajar Matematik.


Silibus baru berat. Arasnya sangat tinggi. Aku cukup risau kalau murid dah ‘set’ dalam kepala otak mereka bahawa Matematik itu susah.

Bila begitu, itu MALAPETAKA PALING BESAR bagi murid. Tanpa minat, payah mereka nak faham. Kelaut la pendek kata.

Tapi kau lihat la sendiri bagaimana aras soalan Tahun 1 ini. Tinggi. Sangat mencabar.

Pada aku, untuk Tahun 1 tak perlu perkenal cara penggenapan menjadi puluh tu. Itu melangkau tahap pemikiran murid umurnya 7 tahun. Ya, mungkin ada murid boleh faham. Jika mereka genius dan bijak pandai. Tapi mungkin hanya 10%-20% yang dapat faham elok. 80-90% lagi? Allahu…

Aku ulang sekali lagi. Aku bukan sesiapa, hanya pelaksana dasar di peringkat paling bawah. Makanya, aku tak mampu nak ubah apa-apa.

Jadi kau sebagai ibu bapa kena turut sama ‘alert’ dengan hal ini. Kau kena tahu silibus anak-anak kau makin tinggi. Sangat!

Maka, kau kena bantu seluruh cikgu di Malaysia dalam hal ini. Ya, kami perlu bantuan kau untuk turut sama mengajar anak-anak di rumah. Kau tolong ajar dengan cara yang paling santai agar mereka tidak tertekan. Agar mereka tidak rasa terbeban. Agar mereka rasa Matematik itu menyeronokkan.


Setiap kali melangkah masuk kelas aku risau. Aku cukup risau tidak mampu memberi faham pada murid-murid. Bukan seorang dua yang aku kena hadap. Sekali hadap 35 orang.

Aku bukan hanya mahu mengajar, aku mahu memberi faham. Dan memberi faham itu bahagian yang paling susah.

Ini cabaran bagi aku. Cabaran bagi seluruh guru-guru di Malaysia. Cabaran untuk menjadikan matapelajaran yang kami ajar itu menyeronokkan sedang silibusnya tinggi macam gunung-ganang.

Cabaran ini sangat payah tuan-tuan. Sangat payah dan hampir mustahil tanpa bantuan kau orang. Kau tolong ya ibu bapa budiman. Tolong aku. Tolong cikgu-cikgu seluruh Malaysia ajar anak-anak di rumah juga. Tanpa bantuan kau orang, rebah aku nak memberi faham pada semua murid.


Kadangkala aku terfikir, kenapa silibus untuk anak-anak sekecil ini begitu menekan dan kejam? Membuat murid rasa terbeban dan menyusahkan hingga boleh menghilangkan minat mereka terhadap pelajaran. Kenapa begini?

Adakah silibus baru ini hanya untuk memberi faham pada 20% murid bijak pandai dan mengabaikan 80% murid lain?

Silibus sepatutnya menyeronokkan dan menambah minat murid, bukannya membuat murid rasa terbeban dan MEMBUNUH MINAT ITU.

Bunuh tanpa mayat. Tanam tanpa kubur. Inilah dia. ?

Tahun 1 je kot. Tarik minat dulu, bila depa dah minat, baru ‘slow-slow’ tinggikan tahap itu. Entahlah…

Dan aku masih orang bawahan. Yang tak mampu nak ubah apa-apa. Itulah aku. Itulah kami para guru.

#MFS
* Tolong bantu kami ya ibu bapa. 🙁

Hasil Tulisan: Fadli Salleh

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here