Home info Masalah Anak Yang Perlu Diketahui Oleh Ibu Bapa

Masalah Anak Yang Perlu Diketahui Oleh Ibu Bapa

14
0
tips didik anak

Selepas anak-anak anda belajar di sekolah atau tadika, anda perlu sentiasa memantau keadaan mereka di rumah. Di sekolah terdapat ramai pelajar dan anak-anak anda mungkin tidak faham apa yang di pelajari oleh mereka. Anak anda juga mungkin ada sifat pemalu untuk bertanya kepada guru mereka di sekolah. Jadi, adalah penting untuk anda memantau keadaan pelajaran mereka.

Anda tidak perlu ada ijazah untuk menjadi guru pada anak-anak kerana ibu bapa adalah guru sebenar anak-anak. Anda juga tidak perlu menjadi pandai untuk mengajar anak anda kerana apa yang perlu lakukan adalah hanya memantau keadaan mereka bukannya mengajar secara terus. Ini bermakna, anda perlu ambik tahu apa yang anak anda tidak faham dan apa yang anak anda faham.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Jika anda pandai, anda boleh ajar anak anda. Jika anda tidak mampu untuk mengajar, anda boleh mendidik anak anda bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut seperti memaksa anak anda untuk bertanya pada guru, upah guru tuisyen dan sebagainya.

Guru yang paling bagus adalah guru yang boleh mengawal dirinya dan mempunyai sifat sabar. Kebanyakan ibu bapa ketika mengajar anak mereka, mereka bersifat bengis. Ada di antara mereka merotan anak-anak hanya anak mereka tidak faham sesuatu yang mereka rasa senang.

Apapun, tindakan mereka salah kerana anak-anak adalah suci dan tidak tahu apa yang mereka perlu lakukan. Kebolehan anak-anak tidak sama dengan kebolehan anda sebagai ibu bapa. Jadi, anda perlu ada sifat sabar ketika mendidik anak-anak anda di rumah. Anak-anak perlukan bantuan dari anda.

4 MASALAH UTAMA ANAK YANG PERLU ANDA KENAL PASTI

Ada empat masalah utama yang menganggu anak anda dari menunjukkan prestasi yang memberangsangkan di dalam pelajaran. Empat masalah tersebut adalah degil, otak yang tidak mampu menerima ilmu dengan cepat, tidak minat pada ilmu tertentu dan ADHD. Semua manusia mempunyai potensi yang sama. Cuma yang membezakan mereka adalah garisan permulaan.

Ada orang di lahirkan secara semula jadi mempunyai otak yang cerdas, ada orang yang di lahirkan secara semula jadi mempunyai otak yang kurang aktif dan perlu melatih otak mereka dengan sendiri untuk mencerdaskan otak mereka. Ada di kalangan anak anda sebenarnya sangat bijak tetapi mereka degil. Mereka degilĀ  untuk belajar. Mereka tidak belajar dengan dengan sebetul-betulnya. Mereka tidak membuat latihan, tidak membaca dan sebagainya.

Untuk menangani masalah anak degil, anda perlu pandai memujuk mereka untuk belajar. Kadangkala, mereka sebenarnya masih tidak matang. Mereka masih suka bermain. Sebenarnya jika anak anda berada di sekolah rendah, biarkan mereka bermain kerana itu adalah cara mereka untuk mengasah bakat mereka. Apabila masuk ke sekolah menengah, barulah anda memujuk mereka untuk belajar demi masa hadapan mereka.

Ketika ini, mereka sudah sedikit matang dan akan mengikut cadangan anda. Sebab itu, adalah penting ketika mereka kecil anda rapat dengan mereka supaya apabila mereka meningkat remaja, mereka akan dengar cakap anda. Ketika kecil, mereka mungkin manja dan suka bermain. Apabila meningkat remaja, mereka sudah matang dan jika anda rapat dengan mereka, mereka akan dengar cadangan dan pendapat anda.

Masalah kedua yang membelenggu anak anda adalah mereka berada dalam keadaan tidak bersedia untuk belajar iaitu mempunyai masalah untuk mempelajari sesuatu.

Untuk selesaikan masalah ini, anda perlu kaji apa kenapa anak anda tidak bersedia. Selalunya, mereka tidak bersedia di sebabkan corak pembelajaran yang agak serius.

Mereka masih kanak-kanak dan fikiran mereka penuh dengan keseronokan. Di sekolah, pembelajaran mungkin agak serius. Ini membuatkan mereka rasa tertekan dan malas hendak belajar.

Jadi, mereka bukannya bodoh tetapi mereka cuma berada dalam keadaan yang tidak sesuai dengan mereka.

Jangan cepat hukum mereka. Mereka mungkin boleh melakukan yang terbaik jika anda ubah corak pengajaran. Jika anak anda ada ADHD, anda perlu dapatkan nasihat dari pakar. Anda boleh pergi ke klinik kanak-kanak untuk kaunselling yang lebih tepat.

BACA JUGA: CARA TEGUR ANAK APABILA MELAKUKAN KESALAHAN

Masalah keempat yang mengganggu prestasi pelajaran anak anda adalah tidak minat pada subjek tertentu. Untuk atasi masalah ini, anda kenal pasti semua pelajaran yang anak anda minat dan anak anda tidak minat.

Bagi pelajaran yang anak anda minat, anda asah dia supaya cemerlang dan boleh ke tahap maksimum. Bagi pelajaran yang anak-anda tidak minat, anda boleh gunakan cara yang berbeza untuk mengajar mereka. Kadangkala, anak anda bukan tidak minat, cuma mereka tidak nampak potensi pelajaran tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here