Home info KPM Salur RM20.7 Juta Bina SK Taman Pelangi, Semenyih

KPM Salur RM20.7 Juta Bina SK Taman Pelangi, Semenyih

49
0
Semenyih

SEMENYIH: Pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi yang menelan kos RM20.7 juta dijangka akan siap sepenuhnya pada 19 Oktober 2020, kata Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik hari ini.

“Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan telah meluluskan pembinaan sekolah baharu SK Taman Pelangi, Semenyih pada Oktober 2018,” kata beliau.
Sekolah ini akan dilengkapi 24 bilik darjah dan kemudahan-kemudahan lain.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

“Pembinaan sekolah ini merupakan hasrat penduduk Taman Pelangi sejak Tahun 2012 yang mahukan sebuah sekolah rendah dibina di kawasan ini,” katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah sekolah berkenaan di Taman Pelangi, Semenyih pagi tadi.

Pada masa yang sama, YB Dr Maszlee mengumumkan sejumlah RM67.58 juta diperuntukkan bagi projek pembangunan pendidikan di Selangor di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

Daripada jumlah itu, RM3 juta adalah untuk projek penggantian penuh enam bilik darjah untuk Program Pendidikan Khas Integrasi di SMK Bagan Terap, Daerah Sabak Bernam yang akan memanfaatkan 50 orang murid pendidikan khas.

Selain itu, sebanyak RM180,000 diperuntukkan untuk projek baik pulih satu bilik darjah untuk pendidikan prasekolah di SJK Tamil West Country Timur, Bandar Baru Bangi dan RM1.4 juta bagi projek baik pulih dua bilik darjah untuk prasekolah di SK Kebun Baharu, Telok Panglima Garang.

Peruntukan sebanyak RM63 juta untuk projek pembinaan sekolah baharu dengan 42 bilik darjah untuk SMK Bukit Mahkota, Bangi bagi menampung 1,260 orang murid.

Sumber: FB KPM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here