Ramadhan bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala daripada Allah serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Semua murid wajib menyertai aktiviti sepanjang Ramadhan untuk mengembangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif yang telah dirancang.

Program Ihya Ramadhan dijalankan adalah untuk:

  • Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap individu.
  • Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
  • Melatih individu melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.
  • Murid dapat mengisi masa di bulan Ramadhan dengan perkara yang berfaedah.

Kertas Kerja Program Ihya Ramadan
Kepada Panitia Pendidikan Islam yang memerlukan Kertas Kerja ini boleh membuat rujukan di sini: Ihya’ Ramadhan


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Manakala bagi kertas kerja Program-program khas  sepanjang bulan Ramadan pula boleh rujuk di: Program Tadarus

Peluang berada di dalam bulan Ramadan yang mulia ini hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya. Ia juga merupakah bulan tarbiyah kepada kita, agar menjadi manusia yang bertaqwa dan beramal soleh.

Di samping itu, perkara yang perlu dididik ialah:

  • Solat di awal waktu.
  • Solat berjamaah.
  • Membaca Al-Quran setiap hari.
  • Elakkan membazir.
  • Jaga pertuturan.
  • Jangan mengumpat.
  • Menjaga pandangan.
  • Bersedekah.

Bagaimana mahu mendidik murid-murid menjadikan Ramadan bulan Ibadah.

Menjalankan aktiviti Ihya’ Ramadan seperti Tadarus Al-Quran, Ceramah Perdana, Iftar Jamaie, Program Qiamulail, Kuiz Ramadan, dan Buletin Ramadan.

Program-program seperti ini sebenarnya mampu menarik perhatian mereka dan menghidupkan bulan ramadan agar ia dijadikan sebagai ‘Sekolah’ untuk mendidik jiwa seterusnya Istiqomah dalam menempuh bulan-bulan seterusnya.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menjalankan aktiviti pada bulan Ramadan ini.