Home info Kami Sokong Cikgu Iz

Kami Sokong Cikgu Iz

60
12

Dunia perguruan sekali lagi mendapat liputan meluas media apabila satu video berkenaan seorang guru yang telah merotan di beberapa bahagian badan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Skudai, Johor baru-baru ini.

Di dalam video berdurasi dua minit 28 saat itu menunjukkan seorang wanita meminta penjelasan daripada seorang guru lelaki kerana anak perempuannya dirotan.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Sebagai warga pendidik, kami sangat memahami perasaan guru tersebut yang terpaksa mengharungi cabaran yang mungkin paling besar sepanjang karier beliau sebagai guru.

Oleh yang demikian, kami Warga Pendidik seluruh Malaysia menyatakan sokongan dari segi moral kepada Cikgu Iz selaku guru yang terbabit dalam kes ini.

Kami juga bersedia untuk memberi apa jua bentuk pertolongan dari segi tenaga dan wang ringgit jika diperlukan.

Hastag yang digunakan adalah #SokongCikguIz

Ayuh kita bersama, bersatu teguh, bercerai roboh.

Coming Soon
Kami menyokong penuh Cikgu Iz
Kami menyokong penuh Cikgu Iz
Kami menyokong penuh Cikgu Iz

Penafian: Sokongan kami atas dasar penyatuan jiwa seorang guru, dan tidak bersifat perkauman. Tiada kata-kata kesat atau cacian digunakan.

12 COMMENTS

  1. Guru memang sensitif dan sakit apabila dicaci oleh pelajar dengan kata-kata yang kesat padahal guru adalah insan yang mendidik dan menyalurkan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Saya sebagai seorang guru bukan memihak kepada guru dan saya ingin berkongsi pengalaman saya yang telah mengajar selama 36 tahun. Saya sendiri telahpun berkali-kali dicaci oleh pelajar dengan kata-kata seperti ‘pukimak’,,,disebabkan saya meminta pelajar membuat kerjanya atau menghabiskan tugasan. Inilah salah satu contoh bagaimana layanan pelajar kepada guru masa kini.

  2. Fakta kes untuk guru tersebut.

    Adakah guru berkenaan adalah di beri kuasa untuk merotan? Jika dia bukan guru disiplin atau pengetua, maka dakwaan penjaga murid boleh menyebabkan guru tersebut hilang pekerjaannya ( di hukum penjara ) jika di dapati salah oleh mahkamah mencederakan pelajar. Jika di beri peluang membayar denda, bayar sahaja denda.

    Guru adalah penjawat awam. Para guru seharusnya sedar undang-undang negara melindungi mereka. Guru boleh buat aduan kepada polis sekiranya gangguan ini berterusan. Sebelum aduan di buat, hubungi penjaga dan maklumkan kesannya kepada murid jika aduan di buat. Jika penjaga tidak cakna , maka sewajarnya aduan di teruskan.

    Mohon guru lebih bijak tangani situasi. Jangan terperangkap dengan keadaan. Fahami s.o.p siapa yang layak untuk memberi hukuman kepada pelajar.

    Jika para guru selalu ke premis jabatan2 kerajaan, khasnya klinik dan hospital, pasti akan nampak amaran dan pemberitahuan tentang larangan menakut-nakutkan penjawat awam dan berkata kesat.

    Tunggu apa lagi pentadbir sekolah??

  3. Pertahankan cgu iz.. X sepatutnya sbg seorg pelajar berkelakuan spt org yg x berilmu ..hormat guru merupakan kunci keberkatan dlm menuntut ilmu. #sokongcguiz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here