KENYATAAN MEDIA
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

BERKAITAN GANGGUAN KESIHATAN (MUNTAH-MUNTAH, LOYA DAN PENING) PELAJAR SEKOLAH SEKITAR PASIR GUDANG.

1. Jabatan Pendidikan Negeri Johor merujuk kepada Kenyataan Media oleh YAB Menteri Besar Johor berkaitan perkara berkenaan pada jam 6.30 petang tadi yang menyatakan bahawa semua institusi pendidikan dalam daerah Pasir Gudang ditutup sehingga hari Khamis.

2. Sehubungan dengan itu jabatan ini ingin memaklumkan kepada semua institusi pendidikan dalam kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia yang terletak dalam daerah Pasir Gudang iaitu 111 buah sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaaan, 3 institusi pendidikan tinggi dan 14 buah sekolah swasta dan antarabangsa serta 347 buah tadika swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor ditutup mulai 25 Jun 2019 (Selasa) hingga 27 Jun 2019 (Khamis) untuk kerja-kerja berkaitan mengatasi isu bahan punca pencemaran dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa.

3. Semua pengetua dan guru besar dipohon untuk memaklumkan segera kepada semua murid, guru dan ibu bapa serta kakitangan dalam kawalan mereka dan mengambil tindakan susulan berkaitan penutupan ini.

4. Jabatan ini akan sentiasa membuat pemantauan rapi dan membantu sekolah-sekolah bagi memastikan kesejahteraan murid-murid berada dalam keadaan yang terbaik.

5. Marilah kita bersama mendoakan agar insiden ini akan dapat diatasi segera dan sekolah akan dapat beroperasi seperti biasa demi kebaikan murid-murid kita.

Terima kasih.

AZMAN BIN ADNAN
Pengarah Pendidikan Negeri Johor

24 Jun 2019
9.00 malam

 

Kenyataan Media Sekolah Ditutup