Berikut merupakan maksud kod-kod bagi jenis perkhidmatan seperti yang tertera di Kad Pesara Kerajaan Malaysia

1) Pesara:

AP : Pesara Awam Persekutuan

AN: Pesara Awam Negeri

AB: Pesara Awam Badan Berkanun

AK: Pesara Awam Pihak Berkuasa Tempatan

AX: Pesara Awam Kesihatan Persekutuan

AY: Pesara Awam Kesihatan Badan Berkanun

AZ: Pesara Kesihatan Tentera

AT: Pesara Angkatan Tentera

AS: Pesara Polis

AW: Pesara Awam Kesihatan Pihak Berkuasa Tempatan

2) Balu/Duda (Penerima Pencen Terbitan – setelah kematian pesara)

BP : Pasangan Pesara Awam Persekutuan

BN: Pasangan Pesara Awam Negeri

BB: Pasangan Pesara Awam Badan Berkanun

BK: Pasangan Pesara Awam Kuasa Tempatan

BX: Pasangan Pesara Awam Kesihatan Persekutuan

BY: Pasangan Pesara Awam Kesihatan Badan Berkanun

BZ: Pasangan Pesara Kesihatan Tentera

BT: Pasangan Pesara Angkatan Tentera

BS: Pasangan Pesara Polis

BW: Pasangan Pesara Kesihatan PBT

Kod kad pesara

*** kad atas kiri atas ialah contoh kad penerima pencen terbitan akibat kematian anggota awam / pesara

*** nama isteri yang telah meninggal dunia akan dikeluarkan daripada Kad Pesara seperti Kad atas kanan (pesara masih hidup)

*** hanya nama pasangan yang dikahwini sebelum bersara sahaja yang akan tertera di atas Kad Pesara (pesara dan pasangan masih hidup)


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


*** bagi pasangan yang dikahwini selepas bersara, surat jaminan akan dikeluarkan untuk membolehkan pasangan tersebut menggunakan kemudahan perubatan secara tahunan

KELAYAKAN WAD
(Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010)

Gred 45 ke atas
Kelas 1A (bilik seorang)

Gred 31 – 44:
Kelas 1B (Bilik Berdua)

Gred 21 – 30
Kelas 1C (Bilik Bertiga)

Gred 1-20
Kelas 2 (bilik berempat)

***tertakluk kepada ‘availability’ bilik-bilik tersebut di hospital Kerajaan

Siapa yang layak menikmati kemudahan perubatan ini?

– pesara
– pasangan
– anak-anak bawah umur 18 tahun, jika sambung belajar di peringkat sekolah tinggi (STPM), sehingga 21 tahun
– ibu bapa (untuk perubatan dan dialisis sahaja)

————————————————————

Siapa yang akan membiayai perubatan pesara?

Pesara Awam Persekutuan:
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, KWAP & JPA

Pesara/Veteran ATM Berpencen:
JABATAN HAL EHWAL VETERAN (JHEV)

Pesara Awam Negeri:
PEJABAT KEWANGAN NEGERI atau PEJABAT SUK NEGERI MASING-MASING

Pesara Awam Badan Berkanun:
BAHAGIAN KEWANGAN/SUMBER MANUSIA DI BADAN BERKANUN TERSEBUT

Pesara Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
BAHAGIAN KEWANGAN/SUMBER MANUSIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERSEBUT

—————————————————————

Bagaimana kalau ada kesilapan di Kad Pesara anda?

Sekiranya terdapat kesilapan nama, nombor kad pengenalan, kod pesara dan kelayakan wad di Kad Pesara anda, sila maklumkan kepada pihak kami di talian 03-88878777 atau emailkan nama dan nombor mykad anda ke mypesara@kwap.gov.my

Sekian dimaklumkan.

Terima kasih

Sumber: Bahagian Pasca Perkhidmatan
JPA

10.10.19