Bilangan waktu mengajar guru dan pentadbir.
Sepertimana yang kita sedia maklum bilangan waktu mengajar guru berbeza-beza mengikut peruntukan dan bidang tugas masing-masing. Ada yang sikit, ada yang banyak.
Bagi sekolah-sekolah yang kekurangan guru sudah pastilah waktu mengajarnya banyak dan kadang-kadang terpaksa mengajar walaupun bukan opsyen.
Namun ia terpaksa juga digalas agar murid-murid dapat belajar seperti biasa.
Dikongsikan di sini Jumlah Waktu Mengajar Guru mengikut jawatan berdasarkan pekeliling yang telah dikeluarkan. Jumlah waktu mengajar ini hanyalah sebagai rujukan dan panduan sahaja.
Mungkin terdapat beberapa perubahan dari masa ke semasa.
Tugas guru bukan semata-mata di dalam kelas tetapi juga tugas-tugas sampingan yang mungkin terpaksa dipikul oleh sesetengah guru.
Pentadbir juga perlu bijak memberikan tugas agar tidak hanya fokus kepada ‘guru rajin’ sahaja.
Tugas utama guru akan terganggu seandainya dibebankan dengan tugas-tugas lain. Antara cara meringankan beban tugas guru ialah mengurangkan kerja-kerja pengkeranian serta mengurangkan program-program.
Sekiranya program berjaya dikurangkan, ia dapat meringankan lebih 30% bebanan kerja tambahan guru.
Guru Setiausaha peperiksaan?
Guru Ketua Panitia?
Guru prasekolah
Guru Frog V-LE?