Arahan nyanyian Lagu Aku Negaraku adalah selaras dengan pelancaran Konsep Negaraku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 18 Mac 2017, iaitu sebagai inisiatif untuk semua rakyat Malaysia bersatu hati menamam semangat cinta pada negara.

lagu aku negaraku

Atas inisiatif itu Kementerian Pendidikan Malaysia juga tidak ketinggalan dalam penekanan terhadap Konsep Negaraku ini. KPM telah mengeluarkan surat arahan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri agar menyanyikan lagu Aku Negaraku ini semasa perhimpunan sekolah. KPM juga menyenaraikan lagu yang wajib dinyanyikan mengikut susunan seperti berikut:

  1. Negaraku
  2. Lagu Rasmi Negeri
  3. Lagu Rasmi Sekolah
  4. Lagu Aku Negaraku

Oleh yang demikian, terdapat 4 lagu yang mesti dinyanyikan pada perhimpunan rasmi sekolah. Namun begitu, bagi sesetengah negeri ada juga lagu lain yang turut dinyanyikan bersama, seperti di Johor ada lagu Muafakat Johor, di Melaka ada lagu Melaka Negeriku Sayang, di Perak ada Perak Excellent, di Sarawak pun ada, dan begitu juga di negeri-negeri lain.

5 Juta pelajar sekolah wajib nyanyikan lagu Aku Negaraku dalam perhimpunan rasmi mingguan.

Kepada yang ingin memuat turun lagu Aku Negaraku boleh muat turun di bawah, ia terdapat beberapa versi, dalam format MP3 iaitu Versi Penuh, Instrumental, MMO, Stem BV, Stem LV dan format MP4 iaitu versi Video dan Lirik.

Muat turun lagu Aku Negaraku MP3seperti di bawah:

Aku Negaraku (Penuh) (MP3)
Aku Negaraku (Instrumental) (MP3)
Aku Negaraku (MMO) (MP3)
Aku Negaraku (Stem BV) (MP3)
Aku Negaraku (Stem LV) (MP3)
Aku Negaraku (Video Lirik) (MP4)

*Untuk muat turun, klik kanan di atas pautan dan Save link as…
Selain Download Lagu Aku Negaraku di atas, anda juga boleh menonton video lagu Aku Negaraku beserta lirik di Youtube pada pautan di bawah:

Manakala Lirik Aku Negaraku adalah seperti di bawah:

Ku sedar Tanah Air Aku Bertuah
Disini Tempatku Berjasa
Ku Sedar Sempurna Hidupku Disini
Malaysia ku Terhutang Budi

**chorus**


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku Maju
Negaraku Tanah Tumpah Darahku

Aku Negaraku
Aku Negaraku
Selamanya Aku Negaraku

Satu

Kita Bersama Membina Masa Depan
Semangat Setinggi Angkasa
Kita Bersama Bersyukur Pada Tuhan
KepadaNya kita Berserah

Ulang **Chorus x1

Ku laungkan Namamu Keseluruh dunia
Malaysia Aku Bahagia

Ulang **Chorus x 1
Aku Negaraku

~ TAMAT~

Lagu ini juga merupakan lagu patriotik terbaru bagi negara kita Malaysia sebagaimana diwar-warkan ataupun diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia menerusi Laman Sosial Facebooknya – Najib Razak

Untuk permulaan ini mungkin ramai yang belum tahu lirik lagu Aku Negaraku ini lagi, jadi elok juga paparkan di slide. Nampaknya banyak lagu yang perlu dinyanyikan oleh murid, yang pasti ia mengambil masa yang panjang sekiranya 5 buah lagu dinyanyikan. Memandangkan Surat Arahan menyanyikan lagu Aku Negaraku sudah dikeluarkan maka menjadi kewajiban untuk setiap sekolah melaksanakannya.