Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan dipelawa untuk memohon jawatan berikut :
PEGAWAI TADBIR (N1-1A)
Jadual Gaji Sebaris : RM1920.00 – RM6215.00
Syarat Lantikan :
a) Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
b) Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan;
c) Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan sistem kualiti seperti Pengurusan ISO 9001:2000, Kumpulan Kreatif & Inovatif, Amalan 5S dan sebagainya.
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F2-1)
Jadual Gaji Sebaris : RM1565.00 – RM4340.00
Syarat Lantikan :
a) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred F2-1: T1 RM1565.00]; atau
b) Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya [Gaji permulaan ialah pada Gred F2-1: T3 RM1855.00]; atau
c) Berdasarkan keputusan Panel Melantik.
d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan;
e) Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang :
· Mempunyai asas berkaitan JAVA, NetBeans IDE dan Oracle 10G.
· Boleh bekerja lebih masa dan pada masa cuti;
· Bekerja di bawah pengawasan yang minima; dan
· Berkebolehan mempelajari proses kerja dan struktur data sistem sedia ada dengan pantas.
f) Graduan yang baru menamatkan pengajian digalakkan untuk memohon.
CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan UTM dengan klik :BORANG PERMOHONAN
b) Salinan sijil-sijil akademik, transkrip dan dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah disertakan semasa memohon.
c) Permohonan yang tidak menurut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP IKLAN
Permohonan hendaklah sampai kepada :
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 UTM JOHOR BAHRU
JOHOR
Tarikh Iklan : 27 Januari 2012
Tarikh Tutup : 13 Februari 2012
Maklumat lanjut sila hubungi Pn. Mahfuzah (07-5537838) atau Pn. Shariza (07-5537821).
NOTA :
a) Taraf jawatan adalah SEMENTARA. b) Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat. c) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. d) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap permohonan mereka adalah tidak berjaya.