PELAKSANAAN PELUASAN PELANTIKAN WARDEN ASRAMA KEPADA SEMUA KAKITANGAN BUKAN GURU GRED 19 DAN KE ATAS DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sebagaimana YBhg. Dato ‘/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan sedia maklum, tatacara pelantikan warden asrama di bawah Surat Pekeliling Kewangan
(SPK) Bil. 6/1995 bertarikh 16 Mac 1995 yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan bahawa pelantikan warden asrama boleh dibuat daripada kalangan guru- guru/ pensyarah, Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) dan Penyelia Asrama.

3. Namun begitu, Kementerian mendapati terdapat kesukaran di peringkat sekolah bagi mendapatkan calon yang berminat untuk dilantik
sebagai warden asrama. Oleh yang demikian, bagi menambahbaik tatacara pelantikan warden asrama sedia ada, pelantikan warden asrama
boleh diperluaskan kepada semua kakitangan bukan guru gred 19 dan ke atas di sekolah-sekolah di bawah KPM.

4. Keputusan ini hendaklah dibaca bersama dengan SPK Bi1. 6/1995. Walau bagaimanapun, keutamaan harus diberikan kepada guru akademik di sekolah tersebut dan pelantikan sebagai warden asrama daripada kalangan kumpulan pelaksana tidak menjejaskan tugas hakikinya.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


5. Pelaksanaan tuntutan Elaun Ketua Warden dan Warden Asrama adalah masih tertakluk kepada pematuhan syarat dan peraturan seperti di
Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Bilangan 3 Tahun 1997 bertarikh 22 Julai 1997.

6. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Dato ‘/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan adalah dimohon untuk memaklumkan dan mengedarkan surat siaran ini kepada semua pentadbir sekolah yang berkaitan.

7. Perhatian YBhg. Dato ‘/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan terhadap perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Peluasan Pelantikan Warden Asrama Kepada Semua Kakitangan Bukan Guru Gred 19 Dan Ke Atas