Sekali lagi arena pendidikan dikejutkan dengan isu panas, iaitu dipaksa makan rumput, seperti mana yang kita boleh lihat di surat khabar, televisyen dan juga tersebar luas di media sosial terutamanya di Facebook. Lebih hangat lagi apabila isu ini dijadikan isu perkauman, pilitik dan sebagainya oleh sesetengah pihak.
Kita juga telah mendengar temubual yang telah dibuat oleh beberapa Stesen Televisyen berkenaan isu makan rumput dan panggilan lembu ini. Pendidik2u juga difahamkan guru tersebut sudah memohon maaf atas keterlanjuran yang telah dibuat kepada murid tersebut. Berikut video dari Astro Awani berkenaan isu dipaksa Makan Rumput ini:
PEREDARAN ZAMAN
Kita sering kali diingatkan oleh pihak pentadbir sama ada di peringkat sekolah dan juga PPD atau JPN akan tatacara dan etika untuk mendenda murid. Di zaman yang serba canggih ini, beberapa amalan dan adat juga turut berubah, jika dulu kita takut untuk memberitahu ibu bapa akan kesalahan kita di sekolah kerana dirotan guru, tetapi zaman sekarang berbeza, murid yang dirotan akan memberitahu ibu bapanya, sehingga ibu bapa datang ke sekolah mendesak guru meminta maaf, bahkan ada juga yang membuat laporan polis terhadap guru dan ingin menyaman pihak sekolah. Mungkin kerana mereka terlalu sayang dan manjakan anak, ataupun tidak boleh menerima amalan merotan biarpun murid melakukan kesalahan. Dulu jika kita beritahu ayah, guru rotan 3 kali, ayah akan tambah lagi 3 kali.
BERHATI-HATI MENDENDA MURID & MENGELUARKAN PERKATAAN
Sememangnya guru tidak dibenarkan memukul, merotan, mendenda, mengejek, memanggil dengan perkataan yang menghina kepada murid tanpa prosuder yang betul. Kuasa merotan juga terletak pada Guru Besar/Pengetua dan Guru Disiplin, itupun dengan kaedah/cara yang telah ditetapkan dengan beberapa sebab yang munasabah. Berdasarkan kes Isu Dipaksa Makan Rumput ini, kita semua perlu mengambil iktibar dan pengajaran, kita perlu sentiasa mengawal emosi dan berhati-hati dalam tindak tanduk yang kita lakukan. Jika tersalah kata, tersilap langkah mungkin memberi kesan yang mendalam pada diri kita, sehingga menjadi tekanan sepanjang hidup kita.
GURU PERLU MENGAWAL EMOSI
Bukan semua orang mampu mengawal emosi masing-masing, apabila kesabaran tidak dapat ditahan lagi maka pelbagai perkara yang diluar jangkaan boleh berlaku. Sekiranya anda sedang tertekan dengan sikap murid, sehingga hilang sabar, anda perlu berhenti sekejap, tarik nafas, dan berfikir sejenak, “adakah betul tindakan yang aku lakukan ini”. Kerana ketika anda sedang marah, anda akan lupa segalanya, emosi tidak dapat dikawal, oleh itu anda perlu meredakan keadaan dan kembali tenang.
Murid menceritakan Isu Makan Rumput |
GURU DIKRITIK
Tidak dinafikan isu makan rumput dan memanggil panggilan lembu ini cukup serius terutamanya kepada ibu bapa yang melihat perkara ini adalah 100% salah guru. Kita juga perlu mendengar luahan dari pihak guru tersebut juga, supaya penilaian yang dibuat adil dan lebih terbuka. Jika kita lihat di media sosial, berikutan kes ini rata-rata pihak menyalahkan guru kerana tidak profesional dalam mendidik dan mendenda murid yang keterlaluan. Jika benar guru tersebut salah, dia juga perlu memohon maaf secara terbuka dan menginsafi kesalahan yang dibuat. Walaubagaimanapun kita belum tahu kisah sebenar berkenaan kes ini..
ELAKKAN ISU PERKAUMAN
Perkara yang cukup sensitif perlu dielakkan, seperti isu perkauman dan isu agama, bak kata pepatah ” terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Oleh itu, dua isu ini benar-benar perlu dijaga agar dapat menjamin kehidupan yang harmoni di kalangan kaum, biarpun kita berbeza agama, berbeza bangsa, tetapi kita tetap berada di negara yang sama yang tercinta iaitu MALAYSIA.
![]() |
Isu Loceng |
PERLU SIASATAN
Setelah pelbagai spekulasi yang dibuat oleh orang ramai, berkenaan isu ini, adakah benar guru tersebut menggantung loceng? memaksa memakan rumput? Difahamkan juga siasatan oleh pihak PPD Batang Padang mendapati loceng bukan digantung dileher, tetapi hanya diselit di baju.