Sepertimana yang kita ketahui rokok memang berbahaya untuk kesihatan perokok dan juga boleh menyebabkan mereka yang menghidu asap rokok juga berisiko tinggi.
Ketagihan merokok sebenarnya boleh diatasi dengan amalan dan motivasi yang tinggi. Terdapan juga ubat-ubatan yang membantu mengurankan ketagihan merokok seperti niquetine.
Selain berisiko tinggi pada diri sendiri, merokok juga memberi kesan kepada orang di sekeliling, jika kita lihat keadaan di kedai-kedai makan, stesen bas, kawasan perkelahan dan sebagainya tabiat merokok ini semakin berleluasa biarpun banyak papan tanda yang telah diletakkan dan amaran denda merokok.
Sebelum kita lihat cara berhenti merokok, kita bercerita terlebih dahulu tentang bahan didalam rokok iaitu tembakau.
Tembakau adalah tumbuhan berdaun dari spesis genus nicotina yang banyak tumbuh di kawasan yang bercuaca panas. Terdapat dua jenis tembakau yang ditanam secara komersil untuk tujuan perdagangan iaitu nicotina tabacum dan nicotina rustica. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan semulajadi dari kawasan Amerika Tropika dan di Virgina, Amerika Syarikat.
Kini tumbuhan ini banyak ditanam di Turki, India, dan Rusia. Daun tembakau akan diproses menjadi rokok dan digunakan juga dalam paip tembakau. Setiap asap yang mengandungi racun itu akan memasuki tubuh badan dan merosakkan organ-organ seperti saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghadaman, saluran darah, jantung dan organ pembiakan!
Tahukah anda, Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan bahawa faktor kematian utama dunia adalah tembakau dimana ia boleh dicegah. Sebanyak 5.4 Million manusia merokok setiap tahun, di negara maju peratus perokok menurun, manakala meningkat di negara membangun.
Selain dari itu, anda juga perlu tahu kesan kepada Isteri Perokok, iaitu melahirkan bayi yang kurang berat badan, melahirkan bayi yang tidak cukup bulan, lebih terdedah kepada kanser, mengurangkan kesuburan dan putus haid awal. Kesan kepada anak pula, anak lebih mudah mendapat lelah dan mendapat jangkitan paru-paru dan pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu. Antara kesan lain juga adalah, anak akan cenderung untuk menghisap rokok juga kerana mengikut kelakuan ayahnya dengan alasan ayah juga merokok.
Bagaimana cara untuk berhenti merokok?
Cara Berhenti Merokok |
Kebanyakan mereka yang merokok sebenarnya mempunyai keinginan untuk berhenti merokok, tetapi disebabkan faktor-faktor yang mempengaruhi mereka gagal untuk berhenti dari tabiat tersebut. Antaranya adalah faktor pergaulan dengan rakan-rakan yang juga merokok, tanpa motivasi dan azam yang kuat pasti tidak dapat mengawal ketagihan tersebut.
Sentiasa melakukan pergerakan:
Antara langkah untuk mengurangkan tabiat merokok adalah melakukan pergerakan, iaitu senaman seperti berjogging, berlari dan berjalan.
Cabar diri sendiri:
- Tulis beberapa sebab kenapa anda perlu berhenti merokok seperti:
- Saya akan lebih sihat dan bertenaga, gigi putih dan nafas sentiasa segar.
- Saya perlu menjaga kesihatan demi isteri dan anak-anak saya.
- Saya tidak boleh membazirkan duit untuk membeli rokok.
- dan apa-apa ayat yang anda rasakan perlu.
- Kemudian letakkan di tempat-tempat yang anda selalu simpan rokok supaya selalu terbaca.
Mulakan harian dengan aktiviti cergas contohnya berjogging, senaman di gimnasium dan aktiviti riadah yang sesuai.
Selalu berus gigi, bawa gula-gula berangin atau makan buah-buahan terutamanya oren atau limau, supaya apabila merokok ia akan menjadikan rasa tidak sedap pada tekak.
Jauhkan diri dari ruangan merokok, kedai-kedai yang menjual rokok dan juga cuba elakkan bersama rakan yang sedang merokok.
Jika terasa ingin menghisap rokok selepas makan, anda perlu tangguhkan dengan membuat aktiviti lain supaya nafsu dapat dikurangkan dan dikawal.
Baca juga kesan asap rokok terhadap diri sendiri dan orang lain, kuatkan motivasi dan sentiasa menetapkan niat dari hati yang istiqomah.
Memilih rokok adalah haram, sekaligus dapat meningkatkan motivasi untuk berhenti kerana anda tidak mahu membuat perkara yang haram.
Banyakkan berdoa dari Allah suapaya membuka hati untuk berhenti merokok, sentiasa memohon keampunan lakukan setiap kali selepas solat.
Semoga anda dapat berusaha untuk berhenti merokok, segalanya bermula dari diri sendiri, jangan biarkan diri anda tewas pada rokok. Hiduplah dengan sihat tanpa rokok. Semoga panduan dan tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.