Konsep Ibadah
Akidah yang telah dibincangkan sebelum ini merupakan roh kepada badan manusia. Roh tidak dapat bergerak dengan baik dan sempurna tanpa kelibat ibadat. Akidah merupakan implisit dalaman yang mesti dimanifestasikan dengan ibadat. Kita dituntut melaksanakan ibadat sebagai mana firman Allah s.w.t dalam surah az-zariyat ayat 56:
Maksudnya:
Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada Aku semata-mata. Tahukah anda bahawa ibadat mempunyai dua bahagian yang besar iaitu Ibadat Khusus dan Ibadat Umum (Ishak Din al-Khairi, et, al.,1996).
Kedua-dua ibadat ini mesti berjalan seiringan antara satu sama lain. Sekiranya dilebihkan salah satu daripada keduanya akan berlaku ketidakseimbangan (imbalance) dalam kehidupan manusia sebagai khalifah. Perbincangan ini sering kali menjadi topik umum namun meninggalkan pelbagai persoalan yang memerlukan kita meneroka, mencari dan mendapatkan maklumat baru. Lantaran itu, di sini dibentangkan beberapa fakta dan isi-isi penting untuk dibincangkan secara lebih mendalam.
Ibadat Khusus
Banyak kitab membicarakan tentang pengertian ibadat khusus. Menurut Ahmad Mohd Salleh (1998) mendefinisikan ibadat khusus sebagai kepaAllah s.w.t dan ketaatan manusia kepada hokum hukum yang ditentukan yang terkandung dalam fardu ain secara ilmu dan amal iaitu syahadah, solat lima waktu, puasa ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji. Ibadat Khusus ini adakalanya tidak terpisah dengan istilah fardu ain kerana melibatkan semua individu muslim yang mencapai status mukallaf.
Pertalian Ibadat Khusus dengan kehidupan tidak boleh disangkal oleh sesiapapun, sebagai contoh, syahadah yang menekankan tentang akujanji muslim dengan Allah s.w.t dan RasulNya yang tidak boleh dipermain-mainkan. Setiap akujanji yang telah dibuat dalam konteks hubungan secara “horizontal” (hubungan sesama manusia) mempunyai implikasi kepada implementasi. Dalam perkara yang berkaitan hubungan secara “vertical” (hubungan individu muslim dengan Allah s.w.t) amat menekankan kepada akujanji. Sekiranya akujanji ini dikhianati maka perjanjian tersebut akan terbatal. Dengan sebab itu, setiap individu muslim wajib menjaga semua perkara yang mempunyai hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan Allah s.w.t.
Pertama, kesan besar dalam kehidupan ialah mereka akan memastikan diri mereka sentiasa berada di landasan yang diredai, suka menunaikan perintah Allah s.w.t sebaliknya akan cuba sedaya upaya mungkin bagi mengelak diri terjerumus atau terdedah kepada unsur-unsur yang boleh merosakkan hubungan dengan pencipta sebagaimana firman Allah s.w.tdalam surah al-Baqarah ayat 195:
Maksudnya:
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah s.w.t, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, Karena sesungguhnya Allah s.w.t menyukai orang orang yang berbuat baik.
Keduanya, solat yang penuh dengan disiplin sama ada sebelum solat, semasa solat dan selepas solat. Sebelum solat setiap individu mestilah mempelajari ilmu yang berkaitan dengan solat seperti rukun dan sunat wuduk, solat dan syarat-syarat sah wuduk dan solat.
Ketiganya, puasa merupakan ibadat yang memerlukan seseorang individu melaksanakan dengan penuh tanggungjawab kerana ianya bukan sahaja berkaitan dengan puasa zahir sahaja iaitu dengan
meninggalkan makan dan minum di siang hari malahan mesti berpuasa batin iaitu menahan keinginan nafsu untuk melakukan sesuatu perkara walaupun diluar Ramadan, sebagai mana sabda Nabi dalam suatu hadis yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud :
“Puasa itu merupakan benteng”
Keempat, zakat yang dikeluarkan oleh muslim yang telah mencukupi syarat-syarat minimum yang telah ditetapkan oleh syarak. Dalil kewajipan ini dapat dilihat daripada firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 110:
Maksudnya:
Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah Maha melihat apa-apa yang kamu kerjakan. Perkara yang besar disebalik kefarduan haji ialah tentang persamaan taraf antara semua manusia yang datang ke Baitul Atiq (Kaabah) dengan hati, pakaian, peraturan yang satu (Imam Ghazali, 1997). Melatih ketulusan hati dan niat sepanjang berada di Tanah Haram. Ini akan mendorong muslim sentiasa berwaspasa dalam hidup, sentiasa menabur bakti dan ibadat kepada Allah s.w.t. Sentiasa tulus dan telus dalam kehidupan mereka walau di mana mereka berada.
Ibadat Umum
Mengenai Ibadat Umum ini juga terlalu banyak kitab yang membicarakan tentangnya. Namun dipetik sebahagian sahaja di sini agar anda berpeluang merujuk dan mencari bahan-bahan ini bagi memantapkan lagi pengetahuan yang berkaitan denganya. Ibadat Umum merupakan kegiatan muslim dalam bidang yang lain daripada apa yang yang terkandung dalam fardu ain secara ilmu dan amal iaitu syahadah, solat lima waktu, puasa ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji (Ahmad Mohd Salleh, 1998).
Ibadat umum merupakan segala perkara yang dilakukan dengan niat mendapatkan keredaan Allah s.w.t, tulus hati dan ikhlas kepadaNya semata-mata (Ishak Din al-Khairi, et, al.,1996). Rasulullah S.A.W telah bersabda:
Maksudnya :
Sesungguhnya setiap amal itu dimulakan dengan niat. Setiap sesuatu berlaku berasas apa yang telah diniatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Apa sahaja kegiatan yang didasarkan kepada dua perlakuan di atas akan memberi dua keuntungan iaitu keuntungan dunia,mendapat hasil dari segi peningkatan kerohanian dan maddah(material) dan keuntungan akhirat dengan diberi ganjaran pahala yang besar. Walau bagaimanapun setiap muslim perlu memenuhi beberapa ciri di antaranya;
1. Dilaksanakan semata-mata kerana Allah s.w.t.
2. Dilaksanakan secara istiqamah kepada Allah s.w.t(tidak mengunakan pengantara atau
orang tengah).
3. Khusyuk
4. Tidak ada kongkongan tempat dan masa tertentu.