Home Pengertian solat Solat Tiang Agama

Solat Tiang Agama

62
0
Solat secara umumnya terbahagi kepada dua jenis sahaja iaitu solat fardhu dan solat sunat. Selain solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak, solat Jumaat juga merupakan salah satu solat fardhu yang disyari‘atkan bagi menggantikan solat zohor kepada golongan tertentu. Solat fardhu juga kadangkala dilakukan semasa bermusafir dan cara-caranya lebih berbentuk fleksibel.
i. Pengertian Solat
Solat dari segi bahasa bermaksud doa. Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu.
ii. Syarat Wajib Solat
Syarat wajib solat ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya solat ke atas seseorang.
Syarat-syarat wajib dalam solat adalah seperti berikut:
1. Beragama Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Suci daripada haidh dan nifas.
5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan.
6. Sampai seruan agama Islam.
iii. Syarat Sah Solat
Syarat sah solat adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu solat atau dengan kata lain
kesahihan sesuatu solat bergantung kepadanya.
Syarat-syarat sah solat adalah seperti berikut:
1. Suci daripada hadath kecil dan besar.
2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.
3. Mengetahui tentang masuknya waktu solat sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui
ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.
4. Menutup aurat.
5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).
iv. Rukun Solat
1. Berdiri tegak
2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram
3. Takbiratul ihram
4. Membaca Al-Fatihah
5. Ruku‘
6. I‘tidal selepas ruku‘.
7. Sujud dua kali dalam setiap raka‘at
8. Duduk antara dua sujud
9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam
10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir
11. Salawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
12. Salam
13. Tertib

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here