Home Berita Guru Boleh Nilai Pentadbir, Setuju?

Guru Boleh Nilai Pentadbir, Setuju?

54
10

Kementerian Pendidikan Malaysia akan mempertimbangkan cadangan untuk memberi ruang kepada Guru untuk menilai Guru Besar atau Pengetua.

Dr Maszlee Malik berkata, sebelum ini Guru Besar dan Pengetua biasanya dinilai oleh pihak PPD sahaja untuk membolehkan mereka mencapai Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang ditetapkan.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Manakala guru-guru pula dinilai oleh barisan pentadbir, di mana adanya Penilai 1 dan Penilai 2. Ada sesetengah sekolah melantik Penilai 1 dari kalangan guru senior kerana jumlah guru yang ramai.

Terdapat beberapa isu apabila guru dinilai oleh pentadbir kebelakangan ini, seperti penilaian diambil mudah, pilih kasih, markah tidak relevan, markah ugutan dan sebagainya.

Penilaian 360° sebenarnya pernah dicadangkan beberapa tahun lepas, di mana mereka yang berada di bawah boleh menilai orang atasan yang menjadi ketua mereka. Sebagai contoh, guru biasa menilai Guru Besar, atau Guru biasa menilai Guru Biasa yang lain. Namun Instrumen penilaiannya mungkin berbeza mengikut jawatan yang mereka pegang.

Sekiranya kaedah penilaian ini diguna pakai, mungkin akan memberi beberapa impak dari sudut kualiti kerja kedua-dua pihak, dari segi positifnya penilaian akan menjadi lebih telus berdasarkan kualiti kerja. Pentadbir juga mungkin akan ‘berhati-hati’ dalam memberi markah penilaian kepada guru-guru.

Namun dikhuatiri juga akan berlaku ketidak seimbangan dalam memberi markah. Mungkin boleh dikaji beberapa peratus dinilai oleh guru, dan bakinya dinilai oleh pihak PPD.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam telah merasmikan Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Bersama Komuniti Simpang Renggam di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR), di Simpang Renggam.

10 COMMENTS

  1. Memang setuju sangat dibuat. Sebab ada pihak pentadbir memandang enteng akan hal ini disebabkan ada ‘talian hayat’ pegawai di peringkat PPD.

  2. Kuasa guru besar tidak di kawal..saya pernah dpotong gaji tanpa mengemukakan surat2 tunjuk sebab..2 kali..siapa yang tolong..tidak ada..minta tolong Sarawak Teachers Union…2x 5…jisin nyud..robot

  3. Pentdbir ni kaki penyibuk d sekolah..kacau guru2..guru besar dtg lewat sekolah tidak dlaporkan..prestasi akademik teruk..marah guru2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here