Home info Guru Bahasa Inggeris Perlu Menduduki Ujian Tahap Penguasaan

Guru Bahasa Inggeris Perlu Menduduki Ujian Tahap Penguasaan

85
1
Guru Bahasa Inggeris perlu duduki ujian

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu Kenyataan Media hari ini telah menjelaskan bahawa KPM berusaha ke arah membantu guru opsyen Bahasa Inggeris meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris.

Berikut isi kandungan kenyataan media tersebut:

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Ujian guru bahasa inggeris

Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha ke arah membantu guru opsyen Bahasa Inggeris meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris.

Berhubung laporan media yang memetik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempertingkatkan semula arahan supaya guru yang mengajar Bahasa Inggeris menduduki peperiksaan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET), Kementerian ingin menjelaskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia  (PPPM) 2013-2025 menyatakan bahawa semua guru yang mengajar Bahasa Inggeris perlu berada pada tahap penguasaan Proficient User iaitu tahap minimum C1 berlandaskan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).

English Language Education Reform in Malaysia: The Roadmap (2015-2025) dibangunkan untuk merealisasikan hasrat PPPM (2013-2025) melalui pelan reformasi pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia yang sistemik dan sistematik.

Bagi memenuhi aspirasi PPPM (2013-2025) dan The Roadmap (2015-2025) semua guru opsyen Bahasa Inggeris di bawah KPM perlu menduduki ujian untuk mengetahui Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris mereka. KPM telah menyediakan latihan dan bahan pembelajaran kendiri dalam talian untuk membantu guru opsyen Bahasa Inggeris meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

KPM sedang berusaha ke arah mewujudkan guru berautonomi melalui Pembangunan Profesionalisme Berterusan untuk mengukuhkan imej profesionalisme keguruan supaya berada pada tahap piawaian antarabangsa.

Dalam konteks ini semua guru opsyen Bahasa Inggeris perlu mempunyai pemunyaan terhadap usaha mempertingkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dan kemahiran pedagogi. Ini penting bagi memastikan murid dididik oleh guru Bahasa Inggeris yang tinggi untuk meningkatkan standard pendidikan Bahasa Inggeris negara.

KPM juga telah mengadakan sesi libat urus dengan NUTP berhubung Pelaksanaan Kursus Profesional Up-Skilling of English Language Teacher (Pro-Elt) dan Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Guru Opsyen Bahasa Inggeris Berlandaskan CEFR.

KPM ingin memberi jaminan bahawa Kementerian sentiasa memberi perhatian untuk menangani masalah kekurangan guru Bahasa Inggeris dan pada masa yang sama tidak akan membebankan para guru.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
8 MEI 2019

1 COMMENT

  1. Kami yang pernah menduduki CEFR dijanjikan rm 3000 dan rm5000.mengikut tahap pencapaian. Peruntukkan telah diluluskan di Parlimen. Janji tinggal janji sahaja. Boleh tak semak peruntukkan itu masuk poket siapa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here