Kementerian Pendidikan Malaysia dalam sidang media Menteri Kanan Pendidikan Dr. Radzi Jidin semalam mengumumkan bahawa pengambilan guru secara one-off akan dibuat pada Oktober 2021 tahun ini.

Mereka yang berminat untuk memohon boleh menunggu pada 7 Julai 2021 ini di mana Iklan permohonan pengambilan khas guru akan dikeluarkan.

subjek kurang guru

Ramai yang bertanya apakah syarat-syarat untuk memohon jawatan sebagai guru ini. Untuk pengetahuan semua, jawatan ini adalah sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41, seperti mana yang kita sedia maklum untuk Gred DG41 perlulah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda.

Ramai graduan pada masa kini mempunyai Ijazah, namun masih lagi belum mendapat pekerjaan yang setara dengan kelayakannya.

Peluang ini boleh diambil bagi mereka yang berminat. Untuk Jawatan Guru ini adakah Ijazah yang bukan Pendidikan boleh memohon?

Secara asasnya sebelum ini mereka yang boleh memohon jawatan guru DG41 ialah mereka yang mempunyai:

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 
  • Ijazah Sarjana Muda (Bukan Pendidikan) + Diploma Pendidikan

Namun begitu, menurut Sidang Media KPM semalam, pengambilan kali ini adalah sebanyak lebih 18 ribu orang, ia bagi menutup jurang kekurangan guru yang berlaku pada sebelum ini.

Ketika ditanya mengenai adakah mereka yang bukan dalam bidang pendidikan layak untuk memohon, Menteri Kanan Pendidikan menjelaskan bahawa, pengambilan kali ini secara one-off, mereka yang memang di dalam bidang pendidikan diutamakan, mereka yang bukan dalam bidang pendidikan juga boleh memohon sekiranya SPP/KPM merasakan bidang mereka boleh dipertimbangkan dengan padanan Mata Pelajaran yang hendak dipenuhi.

Untuk lebih tepat lagi anda boleh dengar soalan dari wartawan dan jawapan dari Menteri Kanan Pendidikan: (Minit 26:31) Follow Telegram Pendidik2u di: t.me/pendidik2u

Diharap jawapan ini dapat melegakan keresahan mereka yang berminat untuk menjadi guru yang bukan dalam bidang pendidikan.

Ikuti telegram kami untuk info dan maklumat terkini berkenaan dunia pendidikan.