Home info Elaun Tambahan Sara Hidup Guru di Negeri Johor, Selangor

Elaun Tambahan Sara Hidup Guru di Negeri Johor, Selangor

55
0

SIMPANG RENGGAM: Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mempertimbangkan untuk memberi Elaun Tambahan Sara Hidup bagi guru di kawasan kritikal seperti di Johor dan Selangor.

Dr Maszlee Malik berkata ia merupakan salah satu usaha untuk mengatasi masalah kekurangan guru di kawasan kritikal di dua negeri berkenaan.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Katanya, perkara berkenaan sudah mendapat maklum pihak kementerian dan kini di peringkat cadangan sebelum ia dilaksanakan.

“Itu (Elaun Tambahan Sara Hidup) sedang dipertimbangkan, memang kita sedang buat tetapi masih di peringkat cadangan di pihak kementerian.

“Saya sendiri inginkan perkara itu berlaku sebab kita kekurangan guru di kawasan terbabit,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran laluan baharu Bas Harapan Johor 2018 dari Simpang Renggam ke Renggam di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, berkata KPM telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi mencari cara penyelesaian terbaik untuk menangani masalah kekurangan guru di beberapa negeri terutamanya di Johor, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Katanya, kawasan yang ‘kritikal’ ketika ini adalah di Johor Bahru dan Shah Alam memandangkan guru kurang berminat mengajar di negeri terbabit berikutan kos sara hidup yang tinggi.

BHARIAN

Berdasarkan berita di atas, dapat dilihat bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengkaji bagaimana untuk memastikan negeri-negeri yang kekurangan guru yang kritikal seperti Sabah, Sarawak, Selangor dan Johor dapat diatasi.

Jika diteliti di dalam permohonan eGtukar, negeri-negeri ini menerima permohonan keluar yang terbesar, namun alasan keluar berbeza-beza setiap negeri dan individu.

Ramai guru sebenarnya berasal dari negeri luar, dan tidak mahu selamanya menetap di negeri luar dan mahu juga pulang mengajar di negeri sendiri.

Di Johor contohnya, daerah yang kritikal seperti Johor Bahru dan Pasir Gudang, kebanyakkan gurunya adalah dari Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang).

Begitu juga di Sabah dan Sarawak, kebanyakannya dari Semenanjung, mereka tidak selamanya akan menetap di sana dan akan memohon juga pertukaran ke semenanjung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here