Selangor – Seorang murid darjah 2 di sebuah sekolah rendah didakwa telah ditampar oleh gurunya kerana tersalah masuk kelas. Gambar yang tersebar menunjukkan kesan lebam pada pipi murid tersebut, mencetuskan kemarahan dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat.

murid tahun 2 ditampar

Datuk kepada murid itu menyatakan bahawa beliau akan hadir ke sekolah untuk mendapatkan penjelasan daripada guru terlibat. Insiden ini berlaku di Sekolah Kebangsaan Dato Maharaja Lela, Bukit Kuching, dan ibu bapa yang anak mereka pernah mengalami kejadian sama diminta tampil.

Pihak sekolah dijangka akan memberikan kenyataan rasmi mengenai insiden ini, sementara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diharapkan menjalankan siasatan untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil.

Kekerasan dalam Pendidikan: Batas-batas yang Perlu Dijaga

Walaupun tugas mendidik melibatkan pengawasan dan disiplin, tindakan fizikal seperti menampar tidak seharusnya berlaku dalam sebarang keadaan. Guru diamanahkan untuk membimbing, memberi tunjuk ajar, dan menjaga kebajikan murid-murid mereka, bukan menggunakan kekerasan sebagai alat mendidik. Sekiranya benar berlaku tindakan menampar murid kerana kesilapan kecil seperti tersalah masuk kelas adalah sesuatu yang sukar diterima oleh norma masyarakat dan peraturan pendidikan.

Kesannya kepada Murid dan Keluarga

Murid yang mengalami kekerasan fizikal mungkin mengalami kesan emosi dan mental yang mendalam. Kejadian seperti ini boleh mengurangkan keyakinan diri murid, menimbulkan rasa takut, dan merosakkan hubungan antara guru dan murid. Selain itu, keluarga murid juga akan merasa terkesan, terutama apabila insiden melibatkan kecederaan fizikal seperti lebam yang kelihatan pada murid tersebut.

Walaubagaimanapun, kita hendaklah mendengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak, diharap siasatan dapat dijalankan seadilnya.