Home info Dah Sekolah 3 Minggu Kenapa Buku Tak guna?

Dah Sekolah 3 Minggu Kenapa Buku Tak guna?

88
2

Beberapa hari lepas, tersebar printscreen yang mana komen dari seorang penjaga yang mempertikaikan kenapa buku latihan anaknya masih belum digunakan, sedangkan sudah masuk minggu ke 3 sesi persekolahan.

Kita cuba untuk bersikap positif tentang hal ini, boleh jadi ibu ini tidak tahu bahawa Tahun 1 biasanya 3 minggu ni adalah minggu transisi. Jadi sebarang kerja rumah memanglah belum ada lagi, bahkan bukan hanya tahun 1, tahun 2 tahun 3, bukan semua kita dah guna buku tulis atau buku latihannya, lagipun sekarang ini ada buku kerja, ada buku aktiviti dan ada lembaran kerja..

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Kebiasaannya sepanjang minggu transisi, pihak sekolah akan menyediakan modul transisi yang meliputi hampir semua subjek dimasukkan. Modul itulah yang digunakan di dalam kelas.

Selain daripada itu, dalam mingu transisi juga diadakan program dan aktiviti di luar kelas, seperti taklimat, ceramah atau senaman dan permainan.

Namun agak kecewa juga apabila ibu muda ini melabelkan guru sebagai ‘s**l’..

Semoga ibu bapa ambil tahu berkenaan hal dan program di sekolah, perlu juga difahami, tiada kerja sekolah bukan bermakna tidak belajar, ada kerja sekolah belum tentu ia belajar. Renung-renungkan selamat beramal..

 

2 COMMENTS

  1. Berlaku di SK atau SJKC? Biar saya teka: Sekolah Kebangsaan kot. Saya ada dua orang anak, seorang dihantar ke SK dan seorang dihantar ke SJKC. SK, sampai pertengahan tahun pun satu buku latihan hanya seperempat yang diisi. Walhal di SJKC, dah 2 buku latihan depa habis! Jangan nak kata program transisi di SK atau program2 lain!! Guru-guru SK memang kurang rajin dan jangan pula kata budak yg bodoh! Budak SK dan SJKC kebolehan yang sama apabila mereka memasuki alam persekolahan. Yang bezanya ialah, cara mereka “dibajai” oleh guru-guru mereka. Kalau tak percaya, cuba selidiki perkara ini dengan membandingkan dengan sendiri buku-buku latihan anak2 kawan di SK dan SJKC.

    • dekat media sosial boleh laa sembang. Apa guna PIBG? ke jenis tak pernah ikut mesyuarat dan orientasi sekolah? Susah sangat ke datang ke sekolah minta penjelasan dari guru-guru? Eleh, di sebalik skrin boleh laaa sembang kencang, entah-entah, nak ajar anak ABC pun tak pernah. puiik!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here