Bagaimana untuk kita mengenali ayat Makkiah atau Madaniah?
Terdapat 3 pendapat mengenai maksud Makkiah atau Madaniah
Antara Faktor yang ditentukan ialah:
Mengikut Waktu
Makkiah: Diturunkan sebelum peristiwa hijrah Nabi.
Madaniah Diturunkan selepas peristiwa hijrah Nabi,
Mengikut Tempat
Makkah: Diturunkan di Makkah.
Madaniah: Diturunkan di Madaniah.
Mengikut Orang
Makkah: Diturunkan untuk penduduk Makkah
Madaniah: Diturunkan kepada penduduk Madinah.
Antara Tips yang boleh kita faham untuk mengenali Surah Makkiah atau Madaniah ialah:
Makkiah:
Setiap surah ada كلا
Setiap surah yang ada يأيها الناس
Setiap surah yang ada السجدة kecuali surah al-Hajj
Setiap surah yang bermula dengan huruf hijaiyah kecuali surah al-Baqarah, Ali-Imran dan surah al Ra’d (Surah ini Khilaf)
Setiap surah pendek.
Setiap surah yang mempunyai kisah Nabi Adam dan Iblis kecuali surah Al-Baqarah.
Madaniah:
Setiap surah yang menyebut tentang hudud dan kefardhuan.
Setiap surah yang menerangkan tentang jihad dan hukum-hukumnya.
Setiap surah yang menceritakan tentang orang munafik kecuali Surah Al-Ankabut.
Setiap surah yang ada يأيهاالذين ءامنوا
Adakah semua ayat dalam surah Madaniah itu diturunkan selepas Hijrah?
Tidak semestinya. Al-Quran diturunkan beransur-ansur dan tidak mengikut susunan Surah yang ada dalam Mushaf. Dalam satu surah itu mungkin bercampur ayat makkiah dan ayat madaniah. Namum, surah Makkiah atau Madaniah itu di hukum dengan mengikut majoriti ayat-ayat di dalamnya.