Home Artikel Ciri-ciri Guru Yang Disukai Pelajar

Ciri-ciri Guru Yang Disukai Pelajar

16
0
ciri guru

Anda seorang guru? Pernah terlintas di fikiran adakah pelajar-pelajar anda menyayangi atau menggemari anda saat anda mengajar mereka? Terasa ‘iri hati’ dengan rakan-rakan setugas yang penuh mejanya dengan hadiah ketika Hari Guru sedangkan meja anda ‘senyap sunyi’ dari sebarang pemberian?

ciri guru

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Berikut merupakan tips untuk menjadi guru yang digemari pelajar-pelajar anda… (psstt…semua guru boleh gunapakai tips-tips ni tak kira sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, malah para pendidik kolej, IPT pun dialu-alukan)

  • Niat Yang Iklas

Tetapkan niat yang ikhlas, sepenuh jiwa menyampaikan ilmu dan membantu murid memahami apa yang ingin disampaikan. Maksudnya, jiwai watak guru sepenuhnya…bantu pelajar untuk memahami subjek anda sedaya upaya. Jika penerangan A tidak difahami, guna kaedah penerangan B pula. Jika penerangan anda memerlukan rangsangan visual gunakan berbagai bentuk bahan bantu sebagai sokongan seperti video, gambar, audio dan sebagainya. Bukannya hanya masuk kelas… “Buka buku teks halaman sekian-sekian, baca…” atau “salin apa yang saya tulis di hadapan” Oh, itu belum cukup seorang guru dikatakan menjiwai watak sebagai guru.

Tambahan pula guru masakini perlu menyahut seruan kementerian agar menjalankan kaedah pengajaran dalam suasana abad 21. Apabila pelajar menghadapi kesukaran meneruskan pemahaman mereka, sebagai guru berhenti seketika dan berikan peluang pelajar untuk bertanya, bimbing agar pelajar tidak blur, atau berlaku salah faham maklumat.

Percayalah, guru yang mampu mengajar sehingga subjek tersebut difahami akan diingati sehingga bila-bila. Apalagi jika pengajaran dijalankan dalam suasana yang tidak membosankan pasti berbunga riang hati pelajar anda tatkala anda melangkah masuk ke kelas uantuk memulakan tugas.

  • Kenal setiap pelajar.

Sebagai guru, bila dapat kenal setiap pelajar dengan memanggil nama pun pelajar itu akan rasa dikenali, dihargai dan diberi perhatian. Ini secara tidak langsung akan membina motivasi dalam diri pelajar terbabit. Ambil inisiatif dan usaha untuk kenal pelajar anda mungkin melalui karakter, rupa paras, atau kalau banyak sangat memikir tak sempat nak cam pelajar anda…tulis la nama letak di meja setiap pelajar. Malah tanda nama pelajar pun boleh membantu.

  • Bina hubungan sesama pelajar melangkaui luar kelas.

Ops! Bukan hubungan yang bukan-bukan ye hahaha. Haa tentang bina hubungan ni…sesekali wujudkan perbualan luar topik pelajaran (tapi isu-isu yang sesuai la ye)…seperti tanya khabar pelajar, berkenaan keluarga pelajar, kejadian-kejadian yang berlaku di sekitar kawasan kejiranan pelajar, atau sesekali puji penampilan pelajar anda. Ambil peduli jika mendapati pelajar anda kurang sihat ke, murung ke, muram durja ke…kadangkala dengan sapaan ringkas “Awak sihat?” Awak ok?” pun dah menggembirakan hati pelajar dan anda dah dikenali sebagai guru yang prihatin. Tak susah kan?

  • Penampilan luaran guru.

Penampilan yang bergaya hanya untuk artis? Tanggapan yang salah sama sekali. Cuba kita imbau kenangan dahulukala tatkala kita masih di bangku sekolah. Pasti masih ingat siapa guru yang bergaya, yang paling harum minyak wanginya atau yang paling kemas penampilannya. Mesti la ingat kan! Maka, bila menjadi guru, guru perlu la menjaga penampilan dari hujung rambut hingga ke hujung kasut. Ini kerana pelajar akan melihat penampilan guru sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.

Bagi guru wanita, pastikan tudung dililit kemas, warna baju tidak menyakitkan mata, jika bermekap jangan berlebih-lebihan macam ratu dunia, aksesori yang sederhana menambah seri bukan sehingga mengalahkan mami jarum. Bagi guru lelaki pula, rambut disisir rapi, baju yang kemas tidak berkedut, kasut yang berkilat tidak comot, misai dan janggut yang dicukur rapi, malah gunakan alatan penjagaan diri untuk elakkan bau badan yang tidak menyenangkan. Kesannya, pelajar akan mencontohi dan menggemari gaya anda…percayalah.

  • Penampilan dalaman guru.

Yang ini macamana pulak? Oh yang ini adalah sikap kita. Sebagai contoh, sebagai guru, kita berhak marah pelajar jika pelajar buat salah. Namun, marah sepanjang masa…adakah bagus untuk perkembangan murid dan proses pengajaran? Lantas, selang-selikanlah sikap kita dengan unsur humor dan gurauan untuk menambah keceriaan pelajar-pelajar anda. Senyum dengan wajah yang manis agar memberi kelegaan kepada para pelajar. Usah bengis tak bertempat kelak tanggung la akibat pelajar benci kepada anda.

Tips seterusnya??? Tak perlu sehingga berpuluh tips, tapi satu tips pun hang tak buat hahaha. Ok yang penting cuba laksanakan 5 tips kat atas dulu, barulah bersambung ke tips-tips seterusnya.

Penulis Pendidik2u:

Cikgu Sarifuddin Sarongi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here