Home info Cara Buka Akaun Semasa Perniagaan Maybank Secara Online Tanpa Introducer

Cara Buka Akaun Semasa Perniagaan Maybank Secara Online Tanpa Introducer

22
0
mayabank current account

Ramai yang bertanya macam mana nak buka akaun Maybank Current Account tanpa Introducer? Iaitu akaun semasa Maybank atas nama syarikat. Maybank menjadi pilihan utama kebanyakan peniaga online kerana ia lebih digemari oleh pelanggannya. 

Untuk individu atau entity perniagaan, biasanya akaun yang digunakan untuk menguruskan transaksi perniagaan adalah akaun perniagaan semasa. Untuk memudahkan urusan perniagaan, biasanya akaun ini digunakan bagi mengelakkan percampuran dengan akaun individu.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Untuk membukan akaun semasa perniagaan semasa di Maybank caranya mudah dan simple berbanding sebelum ini. Sebelum ini Maybank meletakkan syarat untuk sesiapa yang ingin membuka akaun semasa perniagaan perlu mempunyai introducer semasa pendaftaran dibuat di mana-mana cawangan bank. Antara kesukaran yang dihadapi adalah untuk mencari introducer.

Namun sejak baru-baru ini Maybank telah menyediakan kemudahan untuk mendaftar akaun semasa perniagaan secara online atau atas talian. Dengan ini, mereka yang berminat tidak perlu lagi mendapatkan introducer untuk membolehkan akaun dibuka. Link untuk pendaftaran  boleh klik di Link Pendaftaran Akaun Semasa Perniagaan Maybank.

Untuk mereka yang menjalankan perniagaan secara kecil kecilan atau sederhana, sangat sesuai untuk mendaftar menggunakan akaun ini. Caranya adalah dengan mendaftar SME First Account-i menggunakan pautan atau link yang telah diberikan di atas.

Terdapat dua pilihan akaun iaitu konvensional atau Islamik. Pengguna boleh memilih akaun yang dikehendaki. Untuk akaun Islamik, terdapat 2 pilihan iaitu SME First Account – i yang menggunakan konsep Qard atau SME First Investment Account – i yang menggunakan konsep Mudharabah.

buka akaun bank syarikat

Setelah anda mendaftar, akaun anda telah pun diwujudkan dan anda akan boleh mula mengakses Maybank2u Biz. Tanpa introducer, pendaftaran akaun anda menjadi lebih pantas.

Langkah seterusnya adalah dengan mengunjungi cawangan atau branch Maybank untuk mengaktifkan akaun semasa perniaagaan anda. Setelah akaun anda di aktifkan di cawangan Maybank, kemudian anda akan sudah mula melakukan transaksi.

Antara yang perlu disediakan ketika mengunjungi cawangan Maybank adalah

  1. Sediakan wang sebanyak RM1000 sebagai permulaan pembukaan akaun
  2. Jangan lupa bawa kad pengenalan/IC anda
  3. SSM perniagaan anda yang anda daftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  4. Cop Syarikat

Dengan proses baru yang lebih mudah disediakan oleh Maybank ini, ternyata urusan pendaftaran akaun semasa perniagaan menjadi lebih cepat.

Boleh rujuk video panduan dari Youtube Cikgu Durratul 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here