Penularan Wabak Covid-19 telah meluas ke serata negara, Malaysia juga turut sama berhadapan dengan pandemik ini.
Kerajaan Malaysia kini sedang melalui proses pencegahan dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, dah dilanjutkan lagi ke 14 April 2020.
Tempoh PKP hari ini perlu dipatuhi sebaiknya oleh semua rakyat, supaya kita dapat memutuskan rantaian covid-19 ini.
Perdana Menteri dijangka akan mengumumkan sama ada PKP ini akan disambung lagi atau tidak. Berdasarkan statistik kes, kita masih lagi mempunyai lebih 100 kes setiap hari, dan adakalanya melebihi 200 kes baharu.
Kerisauan rakyat terhadap jangkitan ini masih tinggi, ada yang masih belum bersedia untuk membenarkan anak-anak bersekolah, pulang ke asrama dan pulang ke IPT.
Pada pandangan anda sekiranya PKP telah tamat, adakah sesi persekolahan perlu ditangguh sehingga benar-benar tiada kes?
Anda boleh vote melalui poll di atas, dan memberi komen di ruang komen di bawah. Sila kongsikan kepada rakan-rakan dengan menekan butang share di bawah.










Sekolah tempat yang paling senang virus merebak. Sia-sia PKP sekiranya sesi persekolahan diteruskan sebelum memastikan virus betul-betul sudah tiada.
Kita nak anak selamat
Setuju dengan tangguh persekolahan & ubah takwim sekolah. Contoh Tiada cuti penggal pada bulan 7
Sebaik-baiknya biar keadaan betul-betul sihat dan selamat baru buka sekolah kerana sekolah merupakan kawasan tumpuan murid dan guru.Mereka akan berada di situ sepanjang 6 jam proses pembelajaran.Jadi seelok- eloknya tangguh dulu sesi persekolahan sehingga kota bebas daripada wabak ini.Terima kasih.
Keselamatan nyawa paling penting. Sebagai guru dan dalam masa sama ibu kepada 4 orang anak, saya semestinya akan melindungi nyawa anak-anak saya serta nyawa seluruh anak-anak di Malaysia dengan kekal di rumah sehingga negara benar-benar sifar COVID-19.
Tangguh sehingga betul2 pulih..tpi bgi yg kelas peperiksaan stpm,spm,dn pt3 mgkn boleh aturkan masa @jadual ke sekolah jika mmpunyai keperluan…
Sukar untuk memastikan penjarkan sosial berlaku di dalam kelas, kantin dan persekitaran sekolah / asrama kerana factor ruang yang membataskan usaha ini. Perjalanan pulang ke asrama pd 15 april nanti menyebabkan mereka bersesak menggunakan pengangkutan awam membolehkan virus mudah disebar. Tambahan pula, adakah ibu bapa mampu untuk menyediakan sanitizer dan face mask kepada anak mereka untuk kegunaan harian? Adakah pihak sekolah mampu menyediakan bahan tersebut kepada semua pendidik atau mereka terpaksa mengeluarkan kos sendiri? Adakah kita benar-benar yakin dalam kalangan pelajar, guru dan pekerja termasuk pekerja swasta benar-benar tiada virus ini atau ada kontak rapat dengan mana-mana pembawa virus terutama yang tidak menunjukkkan symptom? Jika semua persoalan di atas Berjaya dibuktikan maka sekolah perlu dibuka. Jika tidak, adalah lebih baik nyawa murid, guru dan warga sekolah tidak dipertaruhkan. Peperiksaan dan kelas pdpc mungkin boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah atau ditangguhkan demi keselamatan diri.
Sebagai SEORANG ibu, saya amat bersetuju agar sesi persekolahan ditangguhkan sehingga keadaan BENAR-BENAR pulih. Diantara faktor-faktornya adalah disebabkan, anak saya menggunakan pengangkutan awam balik daripada sekolah yang mana sekolah nya juga terletak dibawah Zon yang agak kritikal di Bandaraya Kuala Lumpur. Bagi saya, MENCEGAH itu lebih baik daripada merawat. Selebihnya kita serahkan segala keputusan kepada pihak yang bertanggubgjawab untuk melaksanakan setiap keputusan yang di ambil.
Tangguh sesi persekolahan. Ubah takwim. Pekerja dan guru sahaja perlu ke sekolah untuk buat sesuatu atas arahan ketua jabatan atau majikan.
Perlu ditangguhkan sehingga 0% bebas covid…keselamatan semua perlu diutamakan..sekolah merupakan satu tempat yg komunitinya ramai dan seperti inilah mudahnya wabak ini merebak..D
sy rasa lagi bgs sekolah ditangguhkan sehingga betul2 wabak covid-19 sifar di negara kita sebab sekolah tempat yg paling senang virus merebak.Kalau sekolah ditutup kite masih blh gunakan kaedah E-learning , tapi kalau penyakit itu dah berjangkit nnti ia akan mula merebak semula.
sebab ditangguhkan mementingkan keadaan keselamatan dan kesihatan guru dan murid di sekolah.sebaiknya biar la btul2 pulih keadaan dan bebas dr jangkitan baru sesi persekolahan di buka semula.