Home info BPK – Bahagian Pembangunan Kurikulum

BPK – Bahagian Pembangunan Kurikulum

26
1
BPK

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) merupakan salah satu bahagian yang berada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, KPM.

Bahagian ini bertanggungjawab memperbaiki mutu dan meningkatkan taraf pendidikan melalui penggubalan dan pembangunan kurikulum yang relevan dan bermutu untuk semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Fungsi Bahagian Pembangunan Kurikulum

  • membangunkan kurikulum sekolah
  • menyebarkan kurikulum
  • memantau pelaksanaan kurikulum
  • menyediakan bahan sokongan kurikulum
  • menjalankan penyelidikan dan penilaian kurikulum sekolah

Sejarah 

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), sebelum ini dikenali sebagai Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah ditubuhkan pada tahun 1973 sebagai sebuah Unit iaitu Unit Perkembangan Pelajaran di Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pelajaran.

Pada tahun yang sama, unit ini diasingkan daripada induknya untuk dijadikan sebagai satu bahagian baru di bawah Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sehubungan itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada ketika itu memperoleh bangunannya sendiri yang terletak di Damansara. Pada tahun 1977, PPK berpindah ke lokasi baru iaitu di Pesiaran Duta, Kuala Lumpur sehinggalah 31 Disember 2004.

Mulai 1 Januari 2005, PPK beroperasi di bangunan barunya iaitu di Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Berikutan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia, berkuatkuasa 16 Jun 2008 Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)  kini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

Laman Web Rasmi BPK boleh dilawati di pautan berikut:
http://bpk.moe.gov.my/

1 COMMENT

  1. Bagaimana untuk mendapatkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran untuk semua subjek di bawah Bidang Kemanusiaan yang berhubungkait dengan DSKP yang diguna pakai dalam KSSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here