Kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan, yang mana sebelum ini telah bermula dari 18 Mac hingga 31 Mac, kemudian dilanjutkan lagi dari 1 April hingga ke 14 April 2020 dan terbaru dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei.
Kita jangkankan ia akan dilanjutkan lagi sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri.
Sekiranya dilanjutkan, mungkin akan ditambah 14 hari lagi. Manakala jika tiada lanjutan, mungkin sesi persekolahan juga akan dibuka semula.
Namun begitu, KKM menasihatkan supaya tiada apa-apa perhimpunan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat PKP.
Apa yang membimbangkan ialah, suasana di sekolah amat berbeza, murid-murid tidak mampu mematuhi arahan menjarakkan diri 1 meter dengan orang lain, kerana mereka sudah pasti akan berada dalam 1 kelas yang padat 35-40, akan berhimpit-himpit di kantin ketika membeli makanan, akan bersesak ketika balik dan ketika menaiki bas.
Semua ini risiko yang amat besar untuk diambil, kerana kita sendiri tidak tahu siapa yang telah dijangkiti virus, kerana tiada gejala yang ditunjukkan di peringkat awal.
Oleh itu bagaimanakah cara untuk kita menghadapi cabaran pandemik dunia ini?
Adakah kita perlu menunggu sehingga tiada lagi kes Covid-19 dilaporkan barulah kita akan memulakan sesi persekolahan?
KPM juga telah mengumumkan pembatalan UPSR 2020 DAN PT3, ini bermakna murid tahun 6 dan tingkatan 3 tidak menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini.
Kita juga perlu bersedia untuk hidup dengan norma baharu, menjaga jarak 1 meter, tidak berkumpul, mencuci tangan dengan sabun dan sebagainya..










Harap Kem Pendidikan ambil maklum jika tempoh PKP berakhir pada 14/4 atau pada tarikh2 lain, harap ambil kira pergerakan pelajar ke sekolah terutamanya ke sekolah2 berasrama penuh yang jaraknya jauh dan melibatkan masa perjalanan yang panjang. Ambil kira juga masa perjalanan, kesesakan di jalanraya kerana ibubapa menghantar pelajar kembali ke asrama, keperluan bas awam, pergerakan pelajar2 IPT, tiket kapalterbang dan lain2… sedangkan KKm menasihatkan penjarakan sosial untuk tempoh 6 bulan lagi.
Saya mengalu2kan cadangan anjakkan tarikh supaya kesesakan dan keselamatan dan kesihatan pelajar iaitu anak2 kita dapat dijaga dan tiada pergerakan besar2ran jika tarikh sekolah sama seperti penamatan PKP. Elakkan berlaku kesesakan seperti sehari sebelum permulaan PKP tempoh hari
Mungkin pihak KPM juga perlu menyediakan satu SOP bagi memastikan penjarakkan sosial dapat dilaksanakan disekolah seperti kedatangan berjadual atau menghadkan kehadiran murid pada satu satu masa kerana terdapat sekolah yang terlalu padat yang amat mustahil untuk mengamalkan penjarakkan sosial. Pembekalan sabun pencuci tangan atau sanitizer juga perlu diberikan kepada sekolah-sekolah untuk mengamalkan kebersihan.
Penjarakkn sosial boleh dilakukan sekiranya murid tidak terlalu ramai di dlm sesebuah kelas. Cadangan saya, sekiranya sekolah di buka murid perlu hadir ke sekolah sc bergilir mengikut minggu. Maksudnya seorang murid akan bersekolah 2 minggu sekali bg mengelakkan murid terlalu ramai berkumpul di dalam kelas.
Bagi sek yg kategori SKM mungkin penjarakan sosial ni boleh dilaksanakan.berbeza pula keadaannya dgn sek2 besar Gred A dan yg ada 2 sesi persekolahan..bnyk hal perlu diperhalusi sebelum boleh buka semula sesi persekolahan.Pengangkutan ke sekolah,situasi semasa di kantin,dll lg..nak tunggu covid-19 ni xda,kita pun tak tahu bila.. apapun sebelum keputusan dibuat perlu ambil kira bnyk perkara