SLOT PROGRAM TV PENDIDIKAN DI SALURAN ‘TV Okey. RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)

Jadual siaran tv pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah bekerjasama untuk memperkenalkan slot Program TV Pendidikan.

Ini adalah satu usaha tambahan kepada siaran EduwebTV yang pada ketika ini dilaksanakan oleh KPM secara web streaming.

Slot Program TV Pendidikan ini merupakan usaha untuk membolehkan murid mendapat akses kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian, terutamanya semasa lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Melalui kerjasama ini, KPM menyediakan rancangan berbentuk pembelajaran yang bersesuaian untuk disiarkan oleh RTM. Dengan ini, murid yang tidak mendapat capaian internet tidak akan ketinggalan dan masih boleh mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di rumah melalul televisyen.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Slot tersebut akan mula bersiaran pada hari lsnin, 6 April 2020 menerusi saluran TV Okey, iaitu salah satu daripada saluran RTM.

RUJUK: Jadual Siaran Tv Pendidikan

Sebagai permulaan, ianya akan disiarkan selama dua (2) jam setiap hari sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Waktu siaran adalah pada pukul 9.00 hingga 10.00 pagi dan pukul 1.00 hingga 2.OO petang.

Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook. Instagram dan Twitter @KemPendidikan.

Slot ini boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MYFreeview TV. Selain daripada itu siaran ini juga boleh ditonton menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI.

Bagi murid yang mempunyai capaian internet siaran ini boleh ditonton melalui laman sesawang www.myklik.rtm.gov.my secara web streaming.

KPM berharap usaha ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid, guru dan lbubapa bagi memastikan proses pembelajaran murid dapat diteruskan dengan efektif dan menarik walaupun dalam keadaan yang mencabar ini.