Home info Banyakkan Kelas Silat di Sekolah

Banyakkan Kelas Silat di Sekolah

58
0

BUKIT MERTAJAM – Kelas latihan seni silat perlu diperbanyakkan di peringkat sekolah dan pelbagai lapangan lain untuk memelihara warisan dan jati diri bangsa Melayu, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata, pihaknya kini dalam usaha untuk melibatkan agensi dan jabatan kerajaan bagi membantu pihak berkaitan memperkenalkan seni silat kepada generasi muda di peringkat sekolah.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

“Melalui keterlibatan agensi-agensi kerajaan khususnya dari Kementerian Belia dan Sukan termasuk Majlis Sukan Negara, ia diharap dapat melahirkan kesedaran bukan sahaja untuk rakyat Malaysia malah masyarakat dunia.

“Agar (mereka) mengetahui silat ini merupakan seni pertahanan diri yang merupakan khazanah Malaysia yang mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Demonstrasi Seni Silat di Sekolah Kebangsaan Penanti, di sini hari ini.

Turut hadir Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin.

Nurul Izzah berkata, pihaknya juga akan berusaha untuk mendapatkan sijil-sijil akreditasi untuk mengiktiraf seni silat itu sekali gus membolehkan mereka meneruskan aktiviti tanpa berlaku sebarang masalah.

“Jika diizinkan dalam ruang lingkup yang kita ada, kita akan bantu kerana kita mahu lahirkan satu gerakan di mana kita menghargai khazanah dan menjadikan proses pembelajaran seni silat itu mudah.

“Saya fikir di samping mahukan pembangunan dan pendidikan secara akademik, ia juga harus lahir secara holistik dan kita nak pastikan ia bukanlah opsyen yang berat kerana kita nak seni ini terus berkembang dan terpelihara,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here