Dah guna belum Datang Reader? Seperti mana yang kita sedia maklum, tugas guru kini sangat besar sebagai barisan hadapan, bukan sahaja perlu mengajar tetapi juga persediaan menyambut kehadiran murid di pagar sekolah seperti mengambil suhu badan, meminta murid mencuci tangan dan juga menjaga penjarakan sosial para pelajar.
Ramai yang bertanya bagaimana cara nak mengambil suhu badan murid dengan cepat dan efisien. Adakah kita perlu “Scan” suhu, dan cari nama, kemudian tulis suhu mereka.
Proses ini akan memakan masa pergerakan murid, bayangkan jika ada 1000 murid yang akan hadir pada hari tersebut seawal 6.45 pagi.
Dengan jumlah termometer yang terhad mungkin akan menyebabkan masalah berlakunya kesesakan di pintu pagar masuk.
Sebenarnya ada 1 aplikasi yang telah dibangunkan oleh Developer Akif @ Bayam iaitu ‘Datang Reader’. Ianya percuma sahaja.
Dengan menggunakan aplikasi ini, anda boleh menjimatkan masa lebih dari 80%.
Cara Guna Datang Reader
Muat Turun Aplikasi di Play Store atau App Store
Datang Reader Download (Android)
Datang Reader Download (IOS)
Selepas siap install tak perlu login lagin, kerana anda perlu daftar akaun di Website dahulu: datang.my
Selepas siap buat pendaftaran.
- Create New Place (Nama Sekolah)
- Create New Group (Nama Tahun / Tingkatan) (Boleh juga Guru / Pelajar / Staff)
- Create New Section (Kelas)
- Klik pada Manage Attendees
- Download Excel sample format
BukaFile Excel yang anda download tersebut, buat Senarai nama murid ikut Format sama seperti yang telah disusun dalam excel tersebut.
Klik semula pada Upload Excel : Upload file senarai nama
Kemudian Generate Attendance Card untuk dapatkan QR Code
Print dan beri kepada murid-murid anda.
Contoh:
Selepas anda siap membuat data senarai nama murid anda buat pula readers:
Reader bermaksud cikgu-cikgu yang bertugas untuk Scan QR Code, jadi cikgu tersebut perlu memuat turun apps Datang Reader untuk scan QR Code nanti.
Sebelum itu anda perlu daftarkan mereka sebagai reader terlebih dahulu, langkahnya seperti berikut:
- Pergi semula di website datang.my , buka dashboard.
- Klik Manage Readers
- Create New Reader – isi nama
- Sistem akan generate login username dan password untuk login di apps nanti.
- Anda boleh create ramai reader untuk memudahkan proses mengambil suhu.
Buka semula Apps Datang Reader di Handphone anda
Guna Username dan Password yang telah dibuat..
Selepas login, terdapat fungsi scan qr di dalam nya, seperti di atas. Boleh cuba untuk Scan Qr Code yang telah anda buat.
Jika belum faham boleh tonton video dari Cikgu Grafik dari Youtube boleh follow mereka:
Cara register datang.my :
Cara wujudkan place , group , section dan upload data ( nama ) secara banyak sekaligus :
Fungsi “datang reader ” dalam apple store , playstore dan HUAWEI AppGallery :
Tutorial create QR Code “Forms” untuk pelawat melalui sistem datangdotmy
Selamat Mencuba.. Aplikasi Scan dan Rekod Suhu ini.. Terima kasih kepada Developer Team Datang reader yang telah menyediakan aplikasi yang sangat berguna ini.
assalamualaikum..saya nk tnyr nape x blh upload excel attendance.sy gn excel yg diberi dlm video tu…anybody help me…dh frust ni…x dpt upload